Label 10

Home » » LAPORAN KHAS !! PELAJAR MELAYU ISLAM MENGEMIS D NEGERI PAKATAN HARAMJADAH !!?

LAPORAN KHAS !! PELAJAR MELAYU ISLAM MENGEMIS D NEGERI PAKATAN HARAMJADAH !!?

Written By AAKJ on Wednesday, August 31, 2011 | 6:55 PM



Tengah hari tadi aku bawak mak aku shopping raya ke bandaraya jajahan Fuckatan, Shah Alam. Aku singgah di stesen minyak dekat Hotel Concorde. Di stesen minyak tu, aku tengok ada dua orang budak pelajar sekolah tahfiz sedang berdiri di tepi kereta pelanggan sambil mengunjukkan kalendar dan memegang buku resit. Aku kata mereka dari sekolah tahfiz kerana mereka memakai t-shirt tertulis nama sekolah tersebut, bukan la aku main teka saja..Aduh, belas sungguh rasa hati aku melihat muka budak-budak tu yang berumur lingkungan 9 dan 12 tahun berdiri tengah panas tu. Bayangkan di bulan puasa macam ni...kita yang tua bangka ni pun perit tekak bila terdedah sikit kat tengah panas, apa lagi budak-budak macam tu yang terpaksa berdiri berjam-jam meminta derma macam tu. Mak aku hulur sedikit duit pada salah sorang budak tu, walaupun aku nasihatkan mak, tak usah buat gitu. Aku banyak kali dengar, bebudak tahfiz ni dipergunakan oleh oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan, dengan alasan melatih mereka berniaga dan menguji ketahanan, kesabaran dan kejujuran budak-budak tu. Tapi kata mak aku, biarlah, mak sedekah kat budak tu, harap Allah lindungkan mereka dari kezaliman pihak yang tidak bertanggungjawab. Takpelah mak.....
Sampai kat depan SACC Mall, lagi sekali aku terjumpa bebudak dari sekolah yang sama sedang menjual surah yassin. Yang ini lagi aku bebal, dah la tubuh badan mereka lebih kecil dari yang aku jumpa kat stesen minyak tadi, mereka berdiri di tengah-tengah padang letak kereta yang sangat panas. Sungguh tak berhati perut la pihak sekolah yang memaksa bebudak macam ni mintak derma kat orang ramai. Kenapalah diseksa budak-budak ni di bulan puasa macam ni. Diorang ni sepatutnya berada di asrama, bertadarus, berehat atau belajar. Aku tengok bebudak ni keletihan dan lesu aje. Ada di antara mereka ini anak-anak yatim, patut ke keringat anak-anak yatim diperah dan dizalimi macam ni? Orang dewasa pun tak sanggup berdiri tengah panas macam ni. Zalim sungguh.
Kononnya mengajar budak-budak ni berniaga. Tapi, disediakan resit derma yang siap tertulis nilai RM5 dan RM10. Lepas tu, sesiapa yang menderma akan dihadiahkan kalendar, surat yassin atau minyak angin. Tidak berlakupun prinsip berjual beli. Apa maknanya ni? Berniaga atau mintak sedekah? Sapa yang beri permit kepada sekolah tahfiz ini untuk menggunakan bebudak meminta derma? Ada pihak yang nampaknya nak mendidik bebudak Melayu Islam jadi peminta sedekah...tapi kita dibutakan oleh perasaan belas kasihan. Tanpa disedari, pihak lain yang mengaut keuntungan. Bagaimana kebajikan bebudak ini? Panas hati aku meruap-ruap di tengah hari bulan puasa ni...
Dah beberapa kali isu ini disiarkan dalam suratkhabar. Aku tengok bila heboh sikit, ada la kurang sekejap, tapi tak lama kembali berleluasa. Kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan, sila ambil perhatian sebab bebudak tahfiz ni kebanyakannya datang dari negeri yang diperintah oleh PAS dan Pakatan. Aku tak nampak budak Cina atau India yang buat kerja mintak derma ni, yang aku nampak bebudak Melayu je. Risau  sungguh aku memikirkan nasib bangsa Melayu. PAS memang buta-buta je jadi keldai DAP. PKR pulak perasan bagus. Kalaulah Pakatan Haram yang didominasi oleh DAP komunis memerintah negara, nescaya jadi bangsa peminta sedekah dan miskinlah bangsa Melayu selama-lamanya...nauzubillah...
TQ UJANG RANGGI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger