Video diatas merupakan gambaran
Hari ini kami akan ke Kem pelarian terbesar di Mogadishu iaitu kira kira 30 ribu pelarian ditempatkan disitu. Laporan lanjut akan Gomo susuli.
Jadikan video diatas satu kesedaran buat kita rakyat Malaysia yang menyambut kemerdekaan ke 54 hari ini. Hanya 3 tahun jarak memisahkan Kemerdekaan kita dan
Petang semalam para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia menuju ke Hospital Darul Shifa yang terletak kira kira 2 kilometer dari Hotel penginapan. Walaupun hanya 2 kilometer namun untuk sampai ke sana kami terpaksa mengambil masa kira kira 10 minit perjalanan ekoran keadaan jalan dan juga kawalan keselamatan dari pihak tentera Sementara Somalia.
Sampainya kami disana memang mengharukan apabila kanak kanak dan para kaum wanita telah berkumpul untuk menerima bantuan dari kami sukarelawan dari Malaysia. Keadaan mereka membuatkan beberapa sukarelawan kelihatan Hiba dan ada wartawan yang mengeluarkan air mata melihat keadaan mereka pelarian Somalia.
Untuk makluman mereka yang diberikan bantuan di Hospital Darul Shifa merupakan pelarian yang datangnya luar dari bandar Mogadishu. Mereka ini melarikan diri dari pihak Al Shabab tentera Radikal ala Al Qaeda yang kini berperang dengan kerajaan sementara Somalia.
Dato Azeez Rahim ketua misi menyampaikan sumbangan berupa kain pelikat, tudung, selipar dan juga wang sekitar 100 ribu Somalia yang mana dalam mata wang kita sekitar RM30.
Kanak kanak diberikan gula gula, biskut dan juga kurma bagi menghiburkan hati mereka yang dilihat kelihataan kusut dan tidak ceria walaupun hari ini adalah merupakan hari Raya Aidilfitri.
Gomo juga agak tersentuh perasaan ini memandangkan belum pernah melihat sebegini daif kehidupan seorang umat manusia. Di Malaysia jangan kita harap untuk dapat berjumpa dengan keadaan sebegini kerana siapa sahaja di Malaysia cukup makan dan pakai malah tidak ada yang merempat melainkan orang Gila.
Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut dengan begitu hebat tetapi disini keadaannya cukup berbeza apabila dalam keadaan berperang dan kebuluran mereka rakyat Somalia terpaksa mencari hasil demi alas perut mereka berbanding baju dan kasut raya.
Banyak kali Gomo cuba renungkan jika orang melayu terus terusan berpecah apakah kita akan jadi seperti ini? Gomo sudah ke Vietnam, Cambodia, thailand, Indonesia dan dinegara negara ini suasana nya cukup jauh berbeza dengan Malaysia.
Orang Melayu bumiputera yang merupakan penduduk tanah Melayu lebih berjaya berbanding rakyat negara yang Gomo telah pergi. Dinegara lain yang Gomo maksudkan penduduk asalnya adalah miskin dan tidak menguasai walaupun dari aspek Politik.
Apatahlagi di Somalia ini yang satu bangsa satu ugama namun akibat perbedaan Politik menyebabkan mereka berperang dan berpecah belah sehinggakan rakyat menjadi mangsa. Apakah Melayu akan menjadi begini bila kita terus bertelagah angkara politik?
Renung renungkanlah......
Gambar Gambar Menarik sila layari Album Papa Gomo Jahat DISINI
tqpapagomo
Post a Comment