Label 10

Home » » MAMPOSSS !!! KERAJAAN SELANGOR JUAL HARTA ANAK YATIM ??

MAMPOSSS !!! KERAJAAN SELANGOR JUAL HARTA ANAK YATIM ??

Written By AAKJ on Friday, August 5, 2011 | 11:20 PM

EMPAT wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor menyatakan bantahan terhadap Yayasan Selangor yang ingin merobohkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan menyebabkan nasib 463 pelajar asrama berusia 32 tahun itu menjadi tanda tanya.

Apa yang lebih membimbangkan, pelajar tersebut tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menempatkan pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan.

Malah Utusan Malaysia juga difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan.

Wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin berkata, tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.
Lebih mengecewakan, katanya, kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu.

"Mereka hanya memaklumkan perkara ini kepada kami bulan lalu. Mereka memberitahu kami bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.

"Apabila kami bertanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pintu masuk asrama itu sini hari ini.
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.
Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.

Sementara itu, menurut seorang lagi wakil alumni, Mohammad Khairul Abd. Samad, alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri serta pihak yayasan bahawa asrama perlu dirobohkan kerana kawasan persekitaran yang tidak selamat serta mengganggu lalu lintas adalah tidak munasabah.
Seorang lagi wakil, Mohd. Raslan Mahmud berkata, pihaknya telah menghantar surat menerusi e-mel kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin lalu bagi membantah langkah itu tetapi masih tidak mendapat maklum balas

UTUSAN
Share this article :

+ comments + 1 comments

August 5, 2011 at 11:40 PM

Struktur yang kuat pada bangunan ini menunjukkan masih lagi boleh duguna pakai,namun apakah niat sebenar kerajaan pr selangor untuk menamatkan hayat bangunan ini,gereja besar digombak ok,namun asrama ini pula yang menjadi musuh pada Kerjaan selangor,apakah sekarang ini SElangor pening mahu bayar hutang MBnya sebanyak 66 juta yang kecoh seketika..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger