Persuruhjaya dan timbalan persuruhjaya pas selangor langsung senyap takut atau memang tak mau komen pasal kes berbuka puasa atau dengan kata lain upacara memurtadkan orang islam di bulan puasa di sebuah gereja di damansara utama.
Kenapa rani dan khalid samad senyap, sedangkan bekas persuruhjaya pas hasan ali lantang bersuara mengutuk tindakan bodoh gereja itu.
Sebenarnya tiadak ada makan malam atau majlis berbuka puasa di gereja itu, yang ada hanyalah upacara memurtadkan orang islam di bulan ramadhan, tak ada logiknya kenapa majlis berbuka puasa itu di buat jam 10 malam, sedangkan orang islam berbuka puasa sekitar jam 7.35 malam, kalau betul pihak gereja nak meraikannya kenapa tak di buat sahaja makan malam itu jam 7.35 kenapa mesti jam 10 malam.
Lagi satu, kenapa hanya 12 orang sahaja orang islam yang di jemput, sepatutnya ianya lebih kalau betul majlis makan malam itu bukan majlis untuk memurtadkan orang islam, apa salahnya pihak gereja menjemput imam masjid atau imam surau atau pun pihak gereja memaklumkan kepada pihak jais mengatakan mereka nak buat majlis makan malam, sekurang-kurangnya jais boleh menghantar wakil mereka.
Kenapa ada peserta majlis itu nak melarikan diri ikut pintu belakang kalau betul la majlis itu hanya satu majlis makan malam... apa yang dikatakan oleh hasan ali tu mungkin ada kebenarannya, "Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam."
TQDARULEHSAN
Post a Comment