Seorang pemuda berumur 29 tahun yang hanya dikenali sebagai Turki dirantai di tingkat bawah rumah orang tuanya sejak 6 tahun lalu. Mengikut cerita si bapa beliau terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menahan amukkan anaknya yang disampuk jin.
Turki mula meracau-racau 6 tahun yang lalu. Risau dengan fenomena aneh yang dirasainya akibat perbuatan makhlus halus, bapa Turki membawanya berubat dengan seorang ustaz. Ketika sedang berubat Turki meracau teruk dan mula bercakap dengan suara wanita. Dengan nada marah suara wanita tadi mengaku dirinya ratu jin dan hanya akan melepaskan Turki sekiranya dia mati.
Ustaz tadi menggelabah dengan kedegilan jin betina ini. Apabila gagal mengubati Turki si ustaz menasihatkan supaya Tuki dirantai kepada katil.
Menurut si bapa lagi, beliau juga pernah disampuk entiti yang sama ketika beliau masih kecil. Beliau mengesyaki yang entiti ini berpindah ke badan Turki kerana dia lebih muda. Maka terantailah Turki dikatilnya selama 6 tahun hingga seorang professor dan aktivis hak asasi manusia datang melawat beliau. Apabila Quran dibacakan si professor Turki meracau-racau dengan suara wanita yang mendakwa dirinya ratu jin.
Sumber asal: Daily Mail
Post a Comment