Label 10

Home » » JAIS ADA ENAKMEN SERBU MANA2 GEREJA DALAM SELANGOR !!!

JAIS ADA ENAKMEN SERBU MANA2 GEREJA DALAM SELANGOR !!!

Written By AAKJ on Monday, August 8, 2011 | 11:52 PM


Ramai di antara kita yang mengupas isu gereja digeledah di Damansara Utama hanya berdasarkan kepada laporan berita dan gossip.

Isunya lebih kompleks daripada itu terutamanya tindakan JAIS tanpa protokol dan approach yang benar akan memburukkan nama jabatan tersebut. Lebih-lebih lagi di negeri di mana Exco-exco bukan Melayunya lebih 'kuat' dan boleh 'mengarahkan' Exco Melayu mahu pun Menteri Besar itu supaya akur dengan arahan mereka.

Ianya telah terjadi sebelum ini sehinggakan terserlah kelemahan Exco Melayu dan Menteri Besar sehinggakan menjadi bahan jenaka rakyat sekalian.

Di sini MiM sertakan perundangan yang perlu kita faham sebelum JAIS melakukan sebarang operasi seperti di Gereja Damansara Utama.

Terdapat empat undang-undang yang memberi kuasa yang luas kepada pihak berkuasa untuk bertindak dalam soal berkaitan dengan agama iaitu:-
1. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,

2. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988,

3. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

4. Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.



Beberapa kesalahan yang digariskan termasuklah:
1. memujuk atau menggalakkan Muslim untuk tukar agama,

2. menerima arahan ataupun untuk menyertai mana-mana aktiviti demi kepentingan agama bukan Islam;

3. jika bukan Islam berkomunikasi dengan seseorang yang beragama Islam bagi mengakibatkan mereka didedahkan kepada sebarang ucapan berkaitan agama bukan Islam.

4. jika seseorang menggunakan sesetengah perkataan untuk menggambarkan kepercayaan agama bukan Islam.
Seksyen 11 enakmen itu juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang “berat”, di mana di bawah Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang polis daripada menyerbu mana-mana kawasan persendirian.

Jika merujuk kepada enakmen-enakmen di atas, pihak JAIS dan polis tidak bersalah di dalam operasi mereka di Gereja Damansara Utama.

Itu pun mereka tak serbu tapi lakukan punyiasatan dengan permisi.


MIM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger