Label 10

Home » » KEDAI 1MALAYSIA BUKTI BN TAK PERNAH ZALIM PADA RAKYAT !!

KEDAI 1MALAYSIA BUKTI BN TAK PERNAH ZALIM PADA RAKYAT !!

Written By AAKJ on Sunday, August 21, 2011 | 11:37 PM




Rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia akan diperluas

KUALA LUMPUR 21 Ogos — Kerajaan akan memperluaskan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membolehkan lebih ramai rakyat menikmati harga barangan runcit yang lebih rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, inisiatif ini juga merupakan intervensi kerajaan secara positif bagi membantu rakyat menangani kos hidup yang semakin meningkat.

Mengambil contoh bawang putih, Perdana Menteri berkata ia dijual pada harga RM3.38 sekilogram di KRIM berbanding RM6 sekilogram di kedai biasa, manakala beras super tempatan 10kg dijual di KR1M pada harga RM21.99 berbanding RM25.80 di kedai lain.

"Saya dapati konsep KR1M ini sangat menguntungkan rakyat kerana harganya jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai biasa.

"Saya percaya rakyat akan mendapat kepuasan melalui pembukaan kedai 1Malaysia,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan dan melawat KR1M yang kedua di Lembah Klang yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.


- Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger