Pihak bukan Islam, NGO hak asasi manusia dan termasuk pihak parti sokong sesat, PAS menempelak JAIS. Kononnya hak berugama sudah dilanggar. Perlu ingat bahawa JAIS tidak masuk secara serbu atau kasar tetapi secara berhemah dan dengan izin.
Hak kebebasan berugama itu memang sudah ada bawah aritikel 11 tetapi bersyarat. Baca Artikel 11 Perlembagaan berikut:
11.1. Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.
11.2. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.
11.3. Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.
11.4. State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
11.5. This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.
Dalam memahami Artikel 11(1) - "Every citizen shall be free to profess and practise HIS religion" - kata kunci utama sini ialah 'HIS' yang bermakna warganegara itu sudah punya ugama.
Jika dia penganut Hindu, ugamanya Hinduisma. Dia bebas menganut dan mengamal Hindusisma yang tidak menghalangnya mengubah ugama. Tetapi jika warganegara itu seorang Muslim, ugamanya Islam. Dia bebas menganut dan mengamal Islam yang mana dia dihalang mengubah ugama.
Article 11(1) tidak ditulis sebagai "every citizen shall be free to profess and practice any religion of his choice" seperti yang warga bukan Islam mahu percayai.
Sebabnya Lord Reid, Arkitek Perlembagaan, amat menyedari hampir kesemua warga Malaya dilahirkan dengan ugama dan orang Islam, berlainan dari orang bukan Islam, tidak dibenarkan menukar ugama.
Petikan dari MyKMU berikut memberi penjelasan akan kedudukan ugama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan sudah jelas menyatakan ugama Islam itu ugama Persekutuan dan Raja adalah Ketua ugama Islam. Sebagai ugama Persekutuan, ia bermakna nya tidak terhad hanya kepada istiadat dan upacara (rituals and ceremonies).
Menurut isi kandung Perlambagaan, Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti England dan Turkey kerana terkandung isi-isi berkenaan ugama Islam. Malaysia layak digelar negara Islam tetapi menurut acuan sendiri yang tidak seperti Saudi Arabia dan Pakistan.
Pendik kata, status ugama Islam bukan ugama rasmi tetapi meliputi peranan rasmi dan tidak rasmi.
Dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, akyat Malaysia diberi jaminan kebebasan berugama. Ugama lain dari Islam boleh diamalkan dengan syarat ianya diamalkan “dengan aman dan damai”.
Aman disini bermaksud lah ianya diamalkan dengan mematuhi undang-undang dari segi aspek tempat, masa, dan lesen atau permit atau kebenaran. Manakala damai bermaksud tidak bertentangan dan tidak bersaing dengan Islam dan tidak ambil peduli status Islam.
Selain itu, kebebasan berugaam untuk orang bukan Islam memberi mereka hak untuk menganut dan mengamal ugama-ugama masing-masing serta berdakwah. Tiada paksaan untuk membayar cukai dikenakan ke atas ugama lain. Mereka mentadbir ugama sendiri, menubuhkan yayasan dan khairiat dan memiliki harta.
Kebebasan berugama tidak memberi mereka hak untuk mendakwah ugama lain kepada orang Islam. Malah menggunakan istilah Allah dalam amalan ugama Kristian tempatan menunjukkan niat untuk berdakwah kepada orang Islam atau bersaing atau beretentangan dengan ugama Islam.
Pendik kata, kebebasan berugama lain terhad kepada kumpulan, tempat kumpulan dan untuk kumpulan itu dan bukan untuk diperagakan kepada khalayak umum seperti patung-patung besar di Air Hitam Pulau Pinang, Kelantan dan Batu Caves.
Selain itu, kebebasan ugama tidak boleh bercanggah dengan ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak. Dari segi aspek ini, kebebasan ugama kepada penganut Hindu tidak bermakna mereka boleh menggangu ketenteraman jiran tetangga dan tidak sepatutnya ada kaitan dengan elemen yang tidal berakhlak.
Ini hanya pelajaran asas untuk mereka. Harap difahami bahawa Perlembagaan Persekutuan ada memberi peruntukan khusus tentang perbelanjaan untuk ugama. Pendik kata, kerajaan boleh tidak ambil tanggungjawab untuk urusan ugama lain.
Setelah membincangkan mengenai peruntukan Perlemabagaan tentang kebebasan ugama, harap sangat akan muncul seorang peguam Islam yang berani, cekap dan bijak untuk mengetepikan tuduhan-tuduhan ke atas mereka yang didakwa. Kerana apa yang telah mereka lakukan adalah berdasarkan hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sepatutnya kerajaan negeri diletakkan injunksi dan ditahan dari meneruskan tindakan mereka yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Hak yang disebut dalam Perlembagaan itu ada peruntukan khusus dan bukan boleh diinterpretasi secara am.
Post a Comment