Label 10

Home » » ALFATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLAND !!

ALFATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLAND !!

Written By AAKJ on Monday, August 8, 2011 | 2:40 PM




CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos — Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini semalam.


Pengarah Bomba Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, operasi bermula 6.15 petang dan ditamatkan pada 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.
Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands, katanya kepada pemberita, di sini.


Beliau berkata, sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah, selain anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.


Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.

Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.



Sementara dua yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.

 — Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger