Ini bukan pertama kali, tetapi sudah banyak kali, Business Times kepunyaan kumpulan NST mempromosi syarikat SP Setia.
Sebahagian besar saham SP Setia dipegang oleh PNB dan EPF tetapi kuasa dipegang oleh pengurusan CIna. Desas desus kuat mengatakan SP Setia ada banyak rancangan perniagaan di Pulau Pinang dan telah menjadi penyumbang besar kepada DAP untuk pilihanraya Sarawak.
Semalam, Business Times memberi promosi kepada saham SP Setia yang bercadang membeli pegangan dalam E&O yang dikuasai oleh syarikat taman dua muka YTL. Asas BT adalah pelaburan dalam E&O memberi pendedahan dan peluang dalam pembangunan akan datang di Pulau Pinang.
Peliknya mereka katakan ianya tidak sebaik pelaburan dalam tanah dan projek secara terus menerus seperti yang diperolehi Ivory Properties.
Ivory Properties adalah majikan bekas ahli DAP Melayu, Mohamad Razali. Tuan punya Ivory Properties adalah penyokong PKR. Syarikat ini turut di pow DAP untuk sumbang dana pilihanraya.
Post a Comment