Label 10

Home » » 17SX !! WAJIB SIASAT KELULUSAN 11 DOKTOR HOSPITAL CINA KL !!

17SX !! WAJIB SIASAT KELULUSAN 11 DOKTOR HOSPITAL CINA KL !!

Written By AAKJ on Tuesday, August 2, 2011 | 2:26 PM


Syed Akhbar Ali, blogger Outsyed the Box telah membongkar rahsia demi rahsia disebalik apa saja 'berita luar biasa' BERSIH.

Terbaru, dengan panjang lebar dan fakta yang tepat, kajian yang mendalam beliau membongkar siapa sebenarnya 11 doktor yang kononnya menjadi saksi polis melepaskan gas pemedih mata ke hospital Tung Shing.

Dengan sinis beliau memanggil mereka 'Tung Shing Warriors'.

Pertama beliau membongkar, tidak semua dari 11 doktor benar-benar ada ditempat kejadian ketika kejadian berlaku.Kedua, beliau membongkar, 11 doktor berkenaan bukan pekerja sepenuh masa hospital Tung Shing. Lebih hebat lagi, beliau mengeluarkan nama siapa sebelas orang doktor berkenaan.

Pembohongan dan spin yang melampau dari pembangkang tidak menamakan 11 orang berkenaan. Tapi blogger Outsyed the Box tidak cakap kosong. Beliau membawa bukti. Ini nama 11 Doktor tersebut:

1. Dr Mazeni Alwi - Consultant Paediatric Cardiologist
2. Dr Sheikh Johari Bux - Consultant O & G
3. Dr Jeffrey Abu Hassan. - Consultant Chest Physician
4. Datuk Dr Musa Mohd Nordin - Consultant Paediatrician & Neonatologist
5. Dr David Quek - Consult Cardiologist (MMA past president).
6. Dr Mary Cardosa - Consult Anaesthesiologist (MMA president)
7. Dr Ng Kwee Boon - Consultant O & G
8. Datin Dr Low Paik See - Consultant Paediatrician
9. Dr Steve Wong - Consultant Plastic Surgeon
10. Dr Ahmad Farouk Musa - Consultant Cardio Thoracic Surgeon
11. Dr Ng Swee Choon - Consultant Cardiologist
Enam dari 11 nama di atas merupakan penyokong BERSIH.

Pada 24 Jun 2011, sebelum 9 Julai, Dr. Mazeni Alwi, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Jeffrey Abu Hasan dan Dr Musa Nordin membuat kenyataan menyokong BERSIH. Pembaca boleh baca kenyataan mereka dalam blog Outsyed the Box sini.

Sementara Dr David Quek pula telah menulis ke beberapa portal, dan kepada ahli MMA(Persatuan Pengamal Perubatan) untuk menyokong BERSIH, malah memulakan revolusi!

Seterusnya Dr Mary Cordosa adalah aktivis yang menyokong BERSIH dan anti-Lynas. Ini menunjukkan secara politiknya, enam doktor berkenaan merupakan penyokong kuat BERSIH. Kenyataan mereka sangat meragukan kerana bias.

Dipetik dari Sri Tribuana sini


Disamping itu, akhbar pembangkang memainkan tajuk berita kata 5,000 doktor swasta sokong dilepaskan tahanan Dr Jeyakumar.

Rupanya bukanlah 5,000 doktor tetapi Persektuan Pengamal Perubatan Swasta yang ada 5,000 ahli yang bersuara.

Cakaplah Jawatankuasa Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang sokong dilepaskan.

Tak hairan kalau hanya beberapa orang saja dalam jawatankausa yang memegang jawatan utama buat keputusan mewakili Persekutuan tetapi tak dapat ensorsement Jawatankausa atau Mesyarat Agung.

Sejak bila persatuan profesyenal mula nak main politik. Ini mesti terikut Bar Council.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger