Ketika sidang hendak mula pada sebelah pagi kelihatan para ahli parlimen pakatan pembangkang sampai dengan macam-macam pakaian kuning.Kebanyakanya yang lelali pakai tali leher kuning.Ada yang pakai t-shirt kuning dengan kot.
Mereka berlegar di lobi parlimen dan bergaya depan para wartawan dan jurugambar.
“Saya rasa nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak,”kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini ketika bersembang dengan Agendadaily di ruang rehat ahli parlimen.
Katanya waktu bertanding sebagai calon bebas menentang BN dulu beliau tidak pernah langsung bertanya atau mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya ini adil ke tidak.
“Saya letakan nasib saya sepenuhnya kepada para pengundi Johor Bharu...tak ada nak berarak...tak ada nak protes kepada SPR...tak ada nak tuduh proses pilihanraya tak bersih...tak betul.
“ Ini kerana saya yakin dengan sokongan rakyat terhadap perjuangan saya...saya letak jawatan dan bertanding semula sebagai calon bebas...saya guna warna kuning.
“Jadi hari ini yang pakai baju kuning ni saya rasa mereka tak layak...pasal semua bukan jantan...bukan berani...nak komplen pasal SPR...nak komplen tak adil ..tak bersih kononnya...
“kalau kita yakin sokongan rakyat..kita letak jawatan...panggil pilihanraya semula bagi negeri Selangor (misalnya)...ni nak pergi mesyuarat Exco pakai baju kuning..nak pergi Dewan Rakyat pakai baju kuning...nak pergi mesyuarat majlis perbandaran pakai baju kuning...apa ni.
“Kalau berani bubar dewan (negeri yang dikuasai pakatan pembangkang) ..panggil pilihanraya...ini kalau mereka ada keyakinan pada sokongan rakyat....jangan nak kata ini SPR tak adil..SPR tak betul....saya bertanding seorang diri...tak ada pun tuntut SPR tak adil..."
Baginya ini semua helah orang yang tidak ada kewibawaan dan tidak percaya kepada perjuangan dan sokongan rakyat. “Itu sebab saya ketawa tengok ahli parlimen pakatan pakai baju kuning...kononnya handal...ini semua sembunyi belakang ketakutan diri sendiri...nak menyalahkan orang.
“Kalau kita betul orang sokong kita...kita tak payah nak berarak...nak pakai baju kuning...kita bubarkan dewan serahkan diri kita kepada penentuan rakyat.”tegasnya.
Petikan
Agendadaily
+ comments + 1 comments
Tuan..Tajuk tu ganas sangat.YB Dato' Shahrir saya rasa tak akan sanggup guna perkataan macam tu.Maklumlah Yb ni orang yang cerdik dan beradab
Post a Comment