Label 10

Home » » 4 ARWAH D BUNUH..KERETA D JUMPAI D USJ !!

4 ARWAH D BUNUH..KERETA D JUMPAI D USJ !!

Written By AAKJ on Friday, July 8, 2011 | 8:13 PM

 

 

Kes bunuh Sosilawati: Kereta mangsa dilihat di flat Angsana

08/07/2011 5:37pm

SHAH ALAM 8 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada hari mereka dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama ”Awang” antara 8.45 dan 8.50 malam, semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 6 Sept 2010.

"Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW no pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.
“Saya seterusnya mengarahkan anggota dari unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.

Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010. – Bernama

KENANGAN PUASA YG LEPAS SEGAR DALAM INGATAN..DARI SINILAH BERMULANYA KEMPEN "4JUSTICE" DAN D SINILAH MULANYA NADI RAKYAT AMBIL PERHATIAN KHAS MENJAGA TANAH YG MASIH BERTUAN INI !!!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger