Label 10

Home » » PUOK SOSIALIS MINTA NEGARA LUAR BEBASKAN MEREKA !!

PUOK SOSIALIS MINTA NEGARA LUAR BEBASKAN MEREKA !!

Written By AAKJ on Friday, July 22, 2011 | 12:26 AM


Suara Keadilan melaporkan:
Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO - Peguam

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon.

“Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain.

“Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani,” kata Edmund kepada Keadilandaily.

Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.

“Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sepenuhnya di sini
Duke of UMNO mempersoalkan peguam Edmund Bon yang bercakap untuk Bangsa-Bangsa Bersatu. Apakah dia Setiausaha PBB dan mewakili suara antarabangsa?

Benarkah UK dan negara Eropah lain akan membuat keputusan memberi amaran terhadap Malaysia kerana menahan 6 orang ahli Parti Sosialis Seperti digahkan oleh portal yang dikendalikan oleh Parti Kelentong Rakyat, Keadilan Daily?

Hakikatnya menurut Duke, Edmond Bon hanya merupakan seorang peguam tempatan yang mengaku dirinya peguam hak asasi manusia seolah-olah ianya perkerjaan glamor dan cuba mempromosi firma guamannya.

Apa yang dilakukan tiada lain hanya nak gempak kerajaan untuk mendapatkan kebebasan bagi keenam-enam anak guamnya yang ditahan dalam jel.

Selain cara gempak sedemikian, pelbagai tipu helah telah dilakukan oleh puak-puak ini termasuk menyebarkan pembohongan bahawa Najib menerima bantahan rasmi dari Kerajaan UK dan negara Eropah lain untuk bebaskan tahanan EO dan diancam dengan tekanan dari mereka.

Pasti ada yang percaya, mereka itu kaldai yang memakai baju kuning sedia sokong amalan seks sesama jantina.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger