1. Teoh Beng Hock bunuh diri
2. Meminta semua pihak tidak mempolitikkan kes rasuah dan menghormati peranan dan kausa yang diberikan kepada SPRM dalam membenteras jenayah rasuah.
3. Meminta SPRM dimantapkan dengan ditambahbaik jumlah pegawai, lebih banyak kemahiran dengan latihan dan pendedahan, diperbaiki logistik, dan lain-lain
4. Meminta jika ada salahlaku oleh pegawai-pegawai dalam menjalankan penyaisatan supaya langkah selanjutnya seperti tindakan disiplin dilakukan.
Tak ada cerita lain sebagai kesimpulan utama RCI. Tapi The Star dalam SMS Alert telah mengambil sikap untuk terus mengapi-apikan sentiman kaum di kalangan kaum Cina dengan berita berikut:
21/7 Royal Commission of Inquiry: Teoh Beng Hock driven to commit suicide by 'aggressive', 'unscrupulous' interrogation by certain MACC officers/STARLaporan singkat sedemikian mudah disalah faham dan diinterpretasikan. Perkara utama kesimpulan TBH bunuh diri tidak diutamakan tetapi masih mahu menyalahkan tindakan bunuh diri kepada SPRM yang menjalankan tugas menyiasat.
Apa maksud agressive dan unscrupulous yang di tulis dalam ' '? Ianya bermaksud aggressive dan unscrupulous tetapi bukan sebenar aggressive dan unscrupulous. Namun ianya mudah disalaherti sebagai aggressive dan unscrupulous.
Ini jelas sikap kiasu The Star yang degil dan enggan menerima 'penghakiman' pihak yang diberi kuasa serta masih mahu cari sebab untuk terus menyalahkan SPRM agar kebencian kaum CIna terhadap kerajaan akan berterusan.
The Star bersikap rasis!
TQUNSPINER
Post a Comment