KUALA LUMPUR 30 Jun - Sebagai membantah tindakan pihak polis yang memerangi sebarang unsur sokongan kepada himpunan aman Bersih 2.0, ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan berpakaian kuning.
Ada antara mereka berbaju kuning, dan ada juga bertali leher kuning bercetak Bersih 2.0 sekaligus dilihat seperti mencabar pihak berkuasa yang sedang giat melakukan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju kuning bercetak Bersih 2.0.
Dua dari mereka, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memakai baju-T Bersih 2.0.
Pada sidang media mereka di lobi parlimen hari ini, mereka turut mengecam tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin berhubung kenyataannya bahawa menyokong himpunan Bersih adalah haram.
"Kami di sini untuk menyokong himpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil," kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur)
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T Bersih haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.
"Tindakan kami memakai kuning hari ini sebagai protes kami kepada tingkah laku pihak berkuasa yang kami rasa sudah melampaui batas," kata Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai).

Harakah
+ comments + 1 comments
saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...
andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..
Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net
Post a Comment