Label 10

Home » » 17SX ! MAKIN BERLAMBAK PUSAT PELACURAN D SELANGOR !!?

17SX ! MAKIN BERLAMBAK PUSAT PELACURAN D SELANGOR !!?

Written By AAKJ on Monday, July 4, 2011 | 1:22 AM

DR. Clara Chee (tengah) bersama ahli jawatankuasa NGO Wanita, Chong Moi Heong (kanan) dan Kwek Poh Choo pada sidang akhbar mengenai kewujudan rumah urut di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Selangor dibanjiri ratusan rumah urut

PETALING JAYA 1 Julai - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor hari ini mendakwa terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Dakwaan itu sekali gus mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini bahawa mereka hanya mengeluarkan sebanyak 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri itu.

Lebih membimbangkan, trend terbaru menunjukkan golongan belia belasan tahun sudah mula berjinak-jinak mengunjungi pusat-pusat urut berkenaan yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks.

Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee mendakwa, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut.

"Berdasarkan pemerhatian kami juga, lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

"Persoalan yang timbul, sekiranya hanya 60 lesen dikeluarkan pihak kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ini bermakna lebih banyak pusat urut beroperasi secara haram di Selangor.

"Malah, kami turut menerima aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka berusia belasan tahun pernah mengunjungi pusat-pusat urut tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini, bersama wakil-wakil NGO seperti Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Pertubuhan Hua Zhong, Pertubuhan Hindu Sangam, Persatuan Wanita Kwang Tun, Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Ampang dan Persatuan Pembangunan Kerjaya Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pula mendakwa, pusat-pusat urut berkenaan telah diserbu beberapa kali kerana membabitkan pekerja-pekerja asing yang menyalahgunakan pas, bagaimanapun ia dikesan beroperasi semula beberapa hari kemudian.

"Menurut aduan orang ramai, pekerja-pekerja asing tersebut yang kebanyakan datang dari China menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini, bagaimanapun menyalahguna pas tersebut dengan bekerja sebagai tukang urut atau pelacur.

"Pusat-pusat urut tersebut turut tumbuh bagai cendawan di kawasan-kawasan perumahan kos murah dan setinggan dengan menawarkan perkhidmatan serendah RM30," katanya.

Katanya lagi, keadaan sedemikian mengakibatkan masalah sosial semakin serius, tambahan pula ramai keluarga terjejas akibat kegiatan haram di pusat urut berkenaan.

"Golongan suami dilihat semakin 'ketagih' untuk mendapatkan khidmat di pusat berkenaan sehingga menjejaskan sumber kewangan keluarga," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta satu tindakan tegas pihak berwajib untuk mengkaji semula syarat-syarat pengeluaran lesen bagi pusat urut dalam menangani isu berkenaan. - Utusan Malaysia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger