Kota Bharu 10 Mac - Apa sudah jadi Kelantan, sudah menjadi juara dalam keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Terbaru Utusan Malaysia melaporkan negeri Serambi Mekah ini menjadi juara antara negeri yang tertinggi dalam kes penceraian berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2008.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar yang hanya sekadar menyatakan Kerajaan Pas Kelantan merasa amat dukacita dengan perkembangan tersebut. Kata Wan Ubaidah: "Statistik yang dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada ditempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1386,"
Menarik lagi, ibu tunggal ini berkata, antara faktor berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri. Soalnya apa sudah jadi selepas 20 tahun mentarbiyah keadaan rumahtangga rakyatnya semakin kusut dan hancur lebur. Inilah jadinya kalau pemimpin hanya pandai bercakap dan menggunakan ayat Al-Quran untuk mendapatkan sokongan tetapi tidak bertindak.
Amat mudah untuk bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya. Sebelum ini pelbagai slogan digunakan kononnya untuk "mentarbiyahkan rakyat". Tahun lepas juga kata Kak Ubai menyatakan bahawa kes HIV dan anak luar nikah dinegeri ini meningkat dan yang tertinggi di Malaaysia. Lebih baik Pas mendakwah rakyatnya sendiri daripada sebuk mendakwah DAP yang secara terus menerus serang Islam-
KELATEKITO.NET
+ comments + 1 comments
Ini yang orang PAS inginkan, poligami pun ada elaun..Hebat tak N.Ajis memerintah..Khalwat punya la banyak kat Kelantan...!!
Post a Comment