Hari ini, kira-kira 100 penduduk di Ulu Kusial berkumpul secara aman di Lata Hujan untuk membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantan meluluskan kawasan balak di kawasan tadahan mereka.
Aktiviti pembalakan menyebabkan sungai menjadi tercemar, kualiti air terjejas sedangkan kira-kira 5,000 penduduk di kawasan mukim itu sememangnya bergantung kepada air tandak.
Hendak harapkan Air Kelantan Sdn. Bhd. untuk membekalkan air di kawasan ulu seperti itu sampai kiamat pun ia tidak akan menjadi kenyataan selagi Kelantan di bawah Pas.
Pengerusi Gerakan Desa Wawasan Blok Ulu Kusial, Ishak Loman berkata, sebelum ini pihaknya telah menghantar tiga surat bantahan kepada Kerajaan Pas Kelantan sejak tahun 1995 bagi menghalang aktiviti yang akan merosakkan alam sekitar itu.
"Kali pertama dahulu pada tahun 1995, mereka cuba untuk masuk tetapi kami halang dan pada masa yang sama kita telah menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas itu pemaju ini senyap.
"Pada tahun 2007 muncul kembali ancaman, sebuah lagi syarikat bukan bumiputera dari Johor cuba untuk masuk tetapi langkah yang sama juga diambil dan kami berjaya.
"Pada tahun lepas, sekali lagi percubaan dibuat dan kami sekali lagi menghantar surat yang bertarikh 15 Disember tetapi nampak gayanya tidak memberikan sebarang hasil kerana syarikat ini masih berdegil dan telah memulakan kerja-kerja awal pembalakan," katanya.
Sejak awal bulan lepas beberapa siri demonstrasi diadakan bagi membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantan.
Ia bermula dengan demonstrasi sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim pada 16 Mei membantah Ladang Rakyat.
Dua hari selepas itu, lebih 500 Orang Asli berkumpul secara aman di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendakwa tanah mereka dirampas untuk aktiviti Ladang Rakyat, pembalakan dan pelombongan.
Beberapa hari lalu peniaga di Pasar Lama MPKB, melancarkan beberapa siri demonstrasi termasuk di hadapan Istana Balai Besar dan Kota Darulnaim.
Kesimpulannya, Kelantan bukan contoh negeri berkebajikan tetapi ia contoh negeri kezaliman. Cukuplah ditipu, ayuh bangun menentang Kerajaan Pas yang zalim.
- KELATEKITO.NET
Post a Comment