Label 10

Home » » ADUN CELAKA PAS GUNA DUIT MANA TAMBAH BINI ???

ADUN CELAKA PAS GUNA DUIT MANA TAMBAH BINI ???

Written By AAKJ on Saturday, June 18, 2011 | 5:48 PM




Ramai pemimpin hari ini mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada pemimpin Pas terdahulu. Ini hasil daripada perniagaan mereka, gaji jawatan yang disandang dalam Kerajaan Pas Kelantan serta kutipan lumayan daripada ceramah.

Antara manifestasi kekayaan mereka ialah rumah besar, kereta mewah, main saham dan menambah bilangan isteri. Berikut senarai beberapa pemain Pas yang ada koleksi isteri.

1) Datuk Abdul Rahim Abdullah : Cerita bekas Speaked Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu bernikah dengan dengan wanita Kemboja lewat 20-an heboh diperkatakan satu masa dahulu. Isteri pertamanya tidak tahu cerita tentang pernikahan ini, Dengar cerita, kes pergaduhan isteri -isterinya terpaksa dileraikan pemimpin Pas. Dengar cerita terkini, dia telah menceraikan isteri baru itu dan berkahwin dengan seorang lagi gadis Kemboja. Dengar cerita lagi, dia kerap berulang alik ke Kemboja sekarang.

2) Nassuruddin Daud : Jejak langkah Abdul Rahim diikuti oleh, Nassurruddin. Dia juga mengamalkan poligami dengan memiliki dua isteri. ADUN Meranti itu yang juga bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan amat hebat di atas pentas ceramah,. Kehebatannya itu diterjemahkan dalam memastikan dia mendapat banyak isteri.

3) Mat Sabu : Ayam tambatan Pas yang ada girlfriend di Kelantan walaupun mempunyai isteri yang sah di Kedah, Menjadi terkenal kerana kes khalwat di Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu beberapa tahun lalu. Menjadi lebih terkenal apabila telepas daripada dakwaan Mahkamah Syariah Kelantan hasil campurtangan pemimpin negeri.

4) Saiful Bahri Mohamed : ADUN selising ini mempunyai seorang isteri tetapi pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang dalam gerabak keratapi. Bekas ketua petugas keselamatan Pasir Puteh, Ustaz Saidi telah bersumpah dengan al-Quran mengaku bahawa beliau menangkap Saiful Bahari di atas gerabak keretapi. Menurut Ustaz Saidi kes tersebut telah di bawa kepada Nik Aziz tetapi ditolak kerana Allah telah mengampunkannya.

5) Husam Musa : Manusia paling istimewa yang diutuskan Allah kepada rakyat Malaysia - Nik Aziz. Dia juga tidak terlepas dengan status gila kahwin. Kata orang, dia telah berkahwin dengan seorang kolumnis berbangsa Cina. Setakat mana kebenaran tidak diketahui lagi.

6) Takiyuddin Hassan : Orang Kedah tetapi dapat menjadi Ketua Pemuda Pas Kelantan. Apa yang pasti sebelum ini dia mempunyai dua isteri tetapi katanya telah bertambah sehingga kuotanya telah penuh. Dia juga dikatakan sedang membina rumah untuk kesemua isterinya serentak.
Inilah wajah-wajah pemimpin Pas. Cerita mengenai perkahwinan mereka sering diperkatakan oleh rakyat tetapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui kerana mereka amat bijak menutupnya. -

KELATEKITO.NET
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger