Label 10

Home » » PEMANDU TEKSI KELANTAN PULA D ANIAYA OLEH KERAJAAN KELANTAN !!

PEMANDU TEKSI KELANTAN PULA D ANIAYA OLEH KERAJAAN KELANTAN !!

Written By AAKJ on Wednesday, June 29, 2011 | 9:43 PM


Nasib 150 pemandu kereta sewa yang menganggotai Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pasir Puteh menghadapi masa depan yang gelap apabila stesen perhentiannya diarah berpindah oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sejak tahun lepas.Pengerusinya, Abdul Rahman Samad berkata pihaknya pada 25 Mac tahun lepas menerima surat arahan berpindah kerana tapak berkenaan akan dibangunkan dengan projek komersial oleh agensi kerajaan negeri Kelantan.

"Kami difahamkan tapaknya yang terletak bersebelahan dengan pasar Pasir Puteh sekarang akan dijual kepada seorang peniaga bukan Bumiputera dengan harga RM150,000," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Beliau berkata berikutan itu persatuan tersebut telah menghantar surat permohonan pada 25 Mac tahun ini untuk turut membelinya dengan harga RM100,000 tetapi sehingga sekarang belum menerima jawapan.
Bernama melaporkan, Abdul Rahman berkata arahan itu bercanggah dengan amalan di mana-mana negeri bahawa setiap kerajaan negeri menyediakan tapak perhentian kereta sewa yang sesuai bagi kemudahan orang awam.
"Ini berlaku sebaliknya apabila tempat yang ada sekarang diminta pindah pula tanpa menyediakan tapak baru," katanya.

Beliau berkata pihaknya menggunakan perhentian itu sebelum tahun 1990 ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berasaskan sewa RM75 sebulan di kawasan seluas lebih 349 meter persegi.
"Bagaimanapun, jika tawaran kami itu rendah kami juga sanggup membayar dengan harga RM150,000," katanya.
Seorang pemandu Mat Hassan Harun, 60, berharap kerajaan negeri menimbang semula arahan itu kerana tapak yang ada sekarang amat strategik kepada penumpang yang mahu pulang dari pasar ke Jerteh, Jelor dan Semerak.

"Inilah satu-satunya peluang kami mencari makan untuk menyara keluarga," katanya.
Rakannya, Hussin Ismail, 69, berkata sepatutnya kerajaan negeri lebih prihatin dengan nasib pemandu kereta sewa yang kehidupan sekarang semakin sukar yang hanya memperoleh pendapatan RM30 hingga RM40 tidak termasuk kos minyak.
"Jangan menambah beban lagi kepada kami yang sedang terhimpit ini kerana tiada penumpang," katanya.-29/6/2011
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger