Label 10

Home » » BUAT RUMAH D TEPI BUKIT !! SAPA YG LULUSKAN ?? YG PASTI BUKAN UMNO/BN !!

BUAT RUMAH D TEPI BUKIT !! SAPA YG LULUSKAN ?? YG PASTI BUKAN UMNO/BN !!

Written By AAKJ on Monday, June 6, 2011 | 9:32 PM

BERBAHAYA...runtuhan bukit berhampiran Pangsapuri E-Mas Villa, Bandar Baru Salak Tinggi. 
 

BERBAHAYA...runtuhan bukit berhampiran Pangsapuri E-Mas Villa, Bandar Baru Salak Tinggi.
SEPANG: “Saya tidak tidur nyenyak kerana setiap hari bimbang tanah runtuh yang boleh berlaku sekelip mata,” kata Mohammad Yong Salleh, 50, mengenai kebimbangan berlaku tanah runtuh dari bukit di sebelah Pangsapuri E-Mas Villa, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Bersama pangsapuri berkenaan berkata, ancaman yang menunggu saat dan ketika itu sangat membimbangkan penduduk sehingga mengganggu keselesaan kehidupan harian.

Menurutnya, pihak berkuasa pula tidak mengambil tindakan berkesan untuk merungkaikan masalah terbabit ditambah keadaan cuaca kebelakangan ini tidak menentu membuatkan penduduk bertambah bimbang.

“Sejak batu kecil di kawasan bukit ini jatuh awal Januari lalu, boleh dikatakan setiap hari kami bimbang kerana bukit berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan pangsapuri. “Jadi, kini setiap hari kami melakukan pemantauan bagi mengelakkan menjadi mangsa kejadian buruk itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan berbukit itu sudah terhakis dan ada kesan runtuhan kecil sebelum ini. Disebabkan kejadian itu penduduk memasang pita amaran berwarna kuning di satu kawasan berdekatan bukit dan tempat letak kereta.

Sementara itu, satu lagi pita kuning didapati pada satu penjuru lain dipasang Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) supaya semua pihak berwaspada dan tidak mendekati kawasan berkenaan.





 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger