Label 10

Home » » ANWAR BENCI PAS !!! part 1

ANWAR BENCI PAS !!! part 1

Written By AAKJ on Saturday, June 25, 2011 | 1:14 AM

 
Ketika Al Juburi berada di dalam UMNO dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda beliau pernah mengatakan bahawa PAS bukan berjuang untuk membangunkan bangsa Melayu tetapi membawa bangsa Melayu kepada keruntuhan. Perjuangan PAS hanya semata-mata atas tujuan politik bukan perjuangan untuk menegakkan agama Islam yang sebenar dan dalam menjalankan usaha mencari pengaruh kini mereka sudah berada dalam keadaan tersepit.
 
 
Itu apa yang Al Juburi katakan terhadap PAS ketika dulu. Kita sedia maklum PAS sekarang sudah jauh berbeza daripada PAS dahulu. PAS dahulu lebih baik daripada sekarang. Kalau Al Juburi pernah mengatakan bahawa PAS dahulu sudah tidak betul, apakah PAS sekarang sudah betul?

Al Juburi pernah mengatakan bahawa perjuangan PAS akan membawa bangsa Melayu kepada keruntuhan. Nampaknya apa yang Al Juburi kata itu ada betulnya. PAS sekarang lebih mementingkan negara kebajikan daripada negara Islam. Kita sedia maklum tidak ada bangsa lain di dunia ini yang dikaitkan dengan agama kecuali bangsa Melayu. Di Malaysia sekiranya bangsa Melayu itu kuat maka Islam secara sendirinya akan kuat. Akan tetapi PAS sekarang sudah menjadi PAS Rumi dan bukan lagi PAS Jawi.

BerSHIT ini menampakkan lagi bagaimana kesungguhan PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden yang berfahaman Syiah mahu berdemonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan yang menjaga kepentingan orang Melayu. Adakah kita yakin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, kebajikan dan segala keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu akan terpelihara?

Sebelum memerintah mereka sudah tidak berani membantah keputusan DAP inikan pula bila sudah memegang kuasa. PAS dilihat DAP sebagai hanya sebagai pelengkap pakatan mereka dan layak menjalankan kerja-kerja jalanan seperti demonstrasi ataupun menampal poster. Berita mengatakan PAS mengarahkan ribuan ahlinya turun berdemonstrasi adalah bukti mereka layak membuat kerja-kerja jalanan. Kita tidak melihat berita DAP ataupun PKR akan menurunkan ribuan ahli mereka untuk BerSHIT.

DAP hanya menunggu masa untuk mendahului pembangkang kerana mereka lebih cerdik berpolitik berbanding PAS dan PKR. Itu yang orang Melayu di dalam pembangkang terlepas pandang. Bagi mereka DAP boleh di ubah walhal mereka sebenarnya telah diubah oleh DAP iaitu daripada Kerajaan Islam kepada Kerajaan Berkebajikan..

Fikirkan Bersama!!!
 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger