Label 10

Home » » ANAK ZINA D TEMUI D KELANTAN !!! D CAMPAK HIDUP2 !! tuiHHH !!

ANAK ZINA D TEMUI D KELANTAN !!! D CAMPAK HIDUP2 !! tuiHHH !!

Written By AAKJ on Tuesday, June 28, 2011 | 7:55 AM


JURURAWAT HRPZ II, Nuraini Mohd. Nor memegang bayi dijumpai seorang penduduk Kampung Permatang Machang di dalam semak-samun dan dihantar ke hospital itu untuk rawatan, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A.MAJID



JURURAWAT HRPZ II, Nuraini Mohd. Nor memegang bayi dijumpai seorang penduduk Kampung Permatang Machang di dalam semak-samun dan dihantar ke hospital itu untuk rawatan, semalam.

KOTA BHARU 27 Jun - Kejam! Begitulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan mengenai ibu bapa yang tergamak membuang bayi mereka yang masih hidup di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang dekat sini, hari ini.

Mujurlah si kecil yang dalam keadaan masih berdarah di seluruh badan serta bertali pusat itu ditemui penduduk kampung, Mohd. Satar Mohd. Ali selepas terdengar rengekan bayi malang tersebut ketika melalui jalan itu pukul 11.30 pagi.

Ketika ditemui bayi seberat 2.8 kilogram itu diletakkan di dalam sebuah beg kertas sebelum dibuang di kawasan semak setinggi lebih satu meter dipercayai untuk mengelak orang ramai menemuinya.
"Saya berjalan kaki untuk balik ke rumah dari bengkel motosikal. Ketika lalu di kawasan itu tiba-tiba terdengar bunyi rengekan lalu saya segera memeriksa kawasan semak tebal itu.

"Saya memasuk semak dan terkejut kerana ia bunyi dari seorang bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat bayi itu dibuang dekat sini, hari ini.
Menurut Mohd. Satar, dia memanggil penduduk kampung dan bersama-sama mengeluarkan bayi itu dari semak sebelum menghubungi polis yang kemudian membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi hari ini berkata, bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan kini dirawat di HRPZ II.
Katanya, polis menyiasat perkara tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

"Polis masih mengesan ibu bapa bayi tersebut dan berharap ada pihak tampil memberikan maklumat untuk memudahkan lagi siasatan," jelas beliau.

TQUTUSAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger