HANIF (kanan) bersama ayahnya, Zolkeflee dan adiknya Hafiz membuat persediaan di laman twitternya sebelum memulakan sesi twitter dengan Perdana Menteri, malam ini.
Hanif hidap kanser tulang ada banyak soalan untuk Najib menerusi Twitter
BUKIT BERUNTUNG: Penghidap kanser tulang tahap tiga, Hanif Zolkeflee, 13, tidak sabar menunggu jam 8 malam ini kerana ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidupnya, iaitu berpeluang berbual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun hanya menerusi Twitter dan bukan bersemuka dengan pemimpin negara itu, Hanif amat teruja dan sukar mempercayai impiannya itu akan menjadi kenyataan.
"Semuanya bermula bagaikan tidak disangka. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bermurah hati menghadiahkan sebuah komputer riba pada 21 April lalu yang amat saya ingini sejak disahkan menghidap kanser tulang pada 27 September tahun lalu.
"Saya menerima kejutan pula apabila dimaklumkan Perdana Menteri sudi berbual menerusi twitter selepas permohonan dikemukakan oleh Kamalanathan beberapa hari lalu," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bandar Bukit Sentosa dekat sini.
Remaja itu akan ditemani bapanya, Zolkeflee Zakaria dan ibu Salisah Ibrahim, masing-masing 44 tahun dan adik, Hafiz, 10, berkunjung ke pejabat Kamalanathan dekat sini, untuk berhubung dengan Najib, bermula jam 8 malam secara langsung di laman twitter beliau selama 15 minit.
Hanif menghidap kanser tulang kaki kiri apabila terjatuh dalam rumah ketika bermain di ruang tamu tahun lalu dan kini menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setiap bulan.
"Saya mahu tanya banyak soalan kepada Perdana Menteri yang berjiwa rakyat. Walaupun menanggung sakit kronik ini, hati saya terubat dapat bersama di laman twitter. Hanya Tuhan yang tahu derita yang saya tanggung, tetapi penuh reda menghidap sakit ini. Saya tetap bersyukur kerana ibu bapa dan adik banyak beri sokongan serta semangat," katanya.
Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 itu, berkata bapanya terpaksa mengurangkan kegiatan berniaga di pasar malam beberapa bulan lalu untuk memberi perhatian kepadanya.
Sementara itu, Kamalanathan berkata, beliau mengetahui hasrat Hanif selepas ibu remaja itu memaklumkan keadaan anaknya yang sering bersendiri di bilik.
“Hanif juga pernah meminta komputer daripada ibu bapanya, namun mereka tidak mampu kerana bapanya yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, jarang dapat berniaga kerana terpaksa menguruskan Hanif, manakala ibunya pula tidak bekerja.
Bersimpati dengan keadaannya, saya sumbangkan komputer riba untuk menggembirakannya dan secara tidak langsung membantunya melawan penyakit,” katanya.
Kamalanathan berkata, Hanif yang teruja dengan pemberian itu turut berkongsi kekagumannya terhadap Perdana Menteri.
“Beliau asyik berkata, alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa Najib. Hanif terkilan kerana tidak dapat bertemu tokoh itu ketika beliau dan isteri melawat pesakit kanser tulang di PPUM akhir Mac lalu kerana pulang lebih awal,” katanya.
INFO
Kanser Tulang
Kanser sekunder atau metastasis yang biasanya berasal daripada kanser payu dara, prostat, paru-paru, tiroid, ginjal atau buah pinggang
Penyakit yang disebabkan oleh sel tidak normal apabila berlaku perubahan pada gen yang mengawal pembahagian sel
Kanser terjadi daripada sel utama dan sel pada tisu perantara sekitar tulang
Pendekatan terbaru dalam rawatan kanser tulang membabitkan pembedahan menyelamatkan anggota berjaya menjamin pesakit menerima dan mendapatkan rawatan optimum
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
-
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat Sebaik sahaja
lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah
kalsifikasi untuk...
6 hours ago
+ comments + 1 comments
pinjam link artikel ini.tq
Post a Comment