Label 10

Home » » MENANTU KU SAYANG MENANTU KU SETAN !! part 3..ADA AKU KESAH...

MENANTU KU SAYANG MENANTU KU SETAN !! part 3..ADA AKU KESAH...

Written By AAKJ on Thursday, May 26, 2011 | 4:57 PM

SPRM telah memutuskan untuk tidak mendakwa Nik Aziz berhubung tindakannya melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK.

Bagaimanapun SPRM memberi amaran kepada Nik Aziz bahawa sistem yang diguna pakai ketika melantik Ariffahmi adalah tidak betul.

SPRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ariffahmi bebas dari salah laku rasuah sepanjang menjawat jawatan berkenaan. Yang SPRM bebaskan adalah Nik Aziz, bukannya Ariffahmi.

Dalam hal ini Ariffahmi sudah bertindak dengan lebih mengada-ngada dan memutar belit cerita.

Ariffahmi telah memutar belit cerita kononnya dia bebas dari segala jenis rasuah dan mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya pada minggu lepas. Beliau juga menulis di blog isterinya untuk menggambarkan kononnya diri beliau suci.

Tidak, tidak, jangan salah sangka wahai rakyat Kelantan, masih ada fail-fail mengenai salahlaku Ariffahmi yang berada atas meja SPRM. Beliau belum bebas lagi.

Lupakan seketika mengenai salah laku rasuah Ariffahmi. Kami hendak berbicara bagaimana Nik Aziz boleh terlepas dari SPRM berhubung isu perlantikan menantunya. Adakah Nik Aziz selamat kerana bantuan SPRM atau bantuan politik dari pihak musuhnya demi menjaga air muka beliau ?

Sebelum ini kami pernah menulis tentang bagaimana cara Nik Aziz melantik Ariffahmi. Sila klik disini.

Kali ini kami tampil dengan berita yang lebih panas berserta dengan bukti sekali. Anda semua boleh lihatlah bagaimana liciknya permainan Nik Aziz.

Di bawah ini adalah petikan dari tulisan kami yang lepas.

Pada 29 September 2009 satu mesyuarat jawatankuasa penasihat PMBK telah diadakan dan dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri. Semasa mesyuarat berjalan dan minit dicatitkan tidak ada sepatah haram pun keluar dari mulut Nik Aziz yang beliau akan melantik Ariffahmi sebagai CEO PMBK yang baru.
Selepas 'round table' yakni setelah selesai mesyuarat tiba-tiba Nik Aziz bersuara dengan mengatakan dia ada pengumuman untuk dibuat. Ahli-ahli jawatankuasa mesyuarat menjangkakan Nik Aziz ingin membuat pengumuman tentang perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan PMBK kerana mesyuarat telah selesai.
Tiba-tiba Nik Aziz berkata dia telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK berkuatkuasa 20 September 2009. Cuba anda lihat di sini betapa liciknya Nik Aziz, satu keputusan yang penting dia telah lakukan 9 hari sebelum mesyuarat , diumumkan setelah mesyuarat selesai dan setelah minit mesyuarat ditutup.
Nik Aziz tidak berani mengumumkan perkara itu semasa mesyuarat sedang berlangsung kerana bimbang ianya menjadi bahan perdebatan dalam mesyuarat atau mendapat tentangan jawatankuasa penasihat PMBK dan seterusnya boleh membantutkan usahanya melantik menantu sebagai CEO.Sekarang kami tampilkan minit mesyuarat yang di maksudkan.







Pada mukasurat terakhir minit yang bertulis tangan ini menunjukkan mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat mesyuarat, MB membuat pengumuman ‘upgrade jawatan COO ke CEO dengan elaun ikut skim dan bermula 1 Syawal 1430H’

Bukti diatas sudah cukup untuk membuktikan apa yang kami catatkan dalam tulisan yang lepas bukannya satu omongan kosong.

Berita tentang perlantikan haram ini telah sampai ke SPRM. Keadaan menjadi kelam kabut selepas penulis blog, Kickdefella dipecat dari PMBK. Semasa hari Kickdefella mengadakan sidang media berhubung pemecatannya, 11 November 2009, exco-exco Kelantan telah bermesyuarat bagi membincangkan bagaimana cara untuk menyelamatkan Nik Aziz dari SPRM kerana telah melantik menantunya secara haram.

Satu keputusan telah dicapai dalam mesyuarat itu, keputusannya ialah mengubah minit mesyuarat PMBK dan memasukkan perlantikan Ariffahmi sebagai salah satu agenda mesyuarat untuk dijadikan bukti kepada SPRM.

Lebih kurang dalam masa seminggu selepas mesyuarat exco untuk meminda minit mesyuarat PMBK, Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK ,Tuan Haji Mohd Sabri Abdullah telah dipanggil oleh SPRM. Beliau dipanggil kerana beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Penasihat PMBK dan hadir dalam mesyuarat semasa Nik Aziz mengumumkan perlantikan Ariffahmi.

Untuk pengetahuan pembaca, kami difahamkan minit mesyuarat yang bertulisan tangan di atas adalah minit yang dicatitkan oleh Hj Sabri.

Setelah selesai disoal siasat oleh SPRM, Hj Sabri telah dipanggil untuk berjumpa Husam Musa di Hotel Renaissance Kota Bharu.

Apabila berjumpa sahaja dengan Husam Musa, Hj Sabri terus meminta maaf dengan Husam dan memaklumkan kepada Husam yang beliau terpaksa ceritakan perkara yang sebenar-benarnya kepada SPRM kerana terlalu takut.

Husam berkata, tidak mengapa dan mengajak Hj Sabri pergi berjumpa dengan Nik Aziz. Setibanya di pejabat MB, Husam memberitahu Nik Aziz yang SPRM telah mengetahui segala-segalanya dari Hj Sabri dan rancangan untuk menipu SPRM dengan meminda minit mesyuarat PMBK tidak boleh dipakai lagi. Jika diteruskan juga keadaan akan menjadi lebih parah.

Kami difahamkan Husam mencadangkan idea lain kepada Nik Aziz. Patutlah Nik Aziz sayang kepada Husam kerana beliau banyak berkorban untuk menyelamatkan Nik Aziz.

Tiba-tiba Pegawai Undang-Undang Negeri (LA) dipanggil ke pejabat MB. Dalam pejabat MB pada masa itu hanya ada mereka bertiga, Nik Aziz, Husam dan LA. Semua setiausaha MB diminta keluar kerana perbincangan sulit.

Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan daun pisang, perkara buruk akan diketahui juga walaupun mereka bertiga sahaja berada dalam bilik itu.

Dalam perbincangan tiga orang itu, kami difahamkan Husam telah mencadangkan agar LA dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Nik Aziz. Dan kami difahamkan LA setuju dengan perkara itu. Dalam soal untuk dijadikan kambing hitam kebiasaannya pak sanggup tidak akan sanggup buta-buta tanpa sebarang habuan. Kami tidak mahu menuduh, tetapi kami bercakap atas dasar kebiasaan.

Tidak berapa lama selepas itu, satu pertemuan diadakan diantara Hj Hadi, Nik Aziz dan beberapa lagi kepimpinan Pas peringkat pusat di JKR 10 Kota Bharu bagi membincangkan isu perlantikan Ariffahmi.

Selesai pertemuan satu sidang media diadakan dan Nik Aziz mengumumkan Ariffahmi diminta meletak jawatan sebagai CEO. Dalam sidang media itu juga Nik Aziz memaklumkan beliau tidak tahu tindakannya melantik menantu sendiri sebagai satu kesalahan kerana semasa pengumuman perlantikan dibuat LA hanya berdiam diri dan tidak membantah. Inilah maksud kami LA dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Nik Aziz. Maka terselamatlah Nik Aziz atas percaturan yang Husam Musa lakukan.

Mengikut apa yang kami tahu, perkara ini semuanya sampai kepada SPRM. Tetapi kami tidak faham bagaimana SPRM mengatakan Nik Aziz tidak bersalah dan mendakwanya, sebaliknya hanya memberi amaran. Segala-galanya telah diceritakan oleh Hj Sabri kepada SPRM.

Jika SPRM mengatakan mereka tidak tahu perkara ini, mereka boleh buka semula fail siasatan berdasarkan berita yang sampai kepada kami dan kami tuliskan di sini.

Jangan pula SPRM menggunakan alasan tidak mahu mendakwa Nik Aziz kerana ingin menjaga maruahnya, sedangkan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain tidak pernah pun memikirkan bagaimana hendak menjaga maruah orang lain termasuklah maruah SPRM sendiri sewaktu kes Teoh Beng Hock muncul atau maruah musuh politiknya.

Bukan setakat SPRM sahaja yang sering dicemuh atau di keji, banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang lain yang sering dicemuh dan dikeji oleh Nik Aziz sendiri atau pemimpin Pas yang lain termasuklah SPR dan polis.

Kami Team Gelombang Merah mewakili rakyat Kelantan memohon penjelasan dari SPRM berhubung perkara ini.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger