Label 10

Home » » KERAJAAN PULAU PINANG SUDAH GILA MENGHARAMKAN INTERLOK D RAK BACAAN PERPUSTAKAAN AWAM !!!

KERAJAAN PULAU PINANG SUDAH GILA MENGHARAMKAN INTERLOK D RAK BACAAN PERPUSTAKAAN AWAM !!!

Written By AAKJ on Thursday, May 5, 2011 | 11:21 PM


Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy (DAP-Prai), berkata kerajaan negeri dalam mesyuarat Exconya semalam telah memutuskan bahawa walaupun buku itu tidak dihalang untuk berada di perpustakaan awam, namun ia tidak dibenarkan diletakkan di rak buku teks.

Menjawap soalan lisan seorang penyokong kerajaan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Ramasamy berkata, kerajaan negeri berpendapat kandungan buku itu tetap mempunyai unsur penghinaan etnik walaupun Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa pindaan.

Isu novel Interlok sebenarnya telah selesai apabila kerajaan pusat bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata, daripada 19 perkara itu, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya dan digantikan dengan perkataan ''golongan yang sama''. Katanya, tiga perkara lagi iaitu berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger