Label 10

Home » » Golongan anti perpaduan dukung fikrah Khawarij

Golongan anti perpaduan dukung fikrah Khawarij

Written By AAKJ on Thursday, May 5, 2011 | 11:15 PM


Bukan mudah untuk seorang mufti bersuara, kerana sebagai pemimpin agama di negeri masing-masing, kata-kata mufti ada 'pemberatnya' dalam pandangan masyarakat Islam di negara ini.
Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka depan, kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan PAS sebagai pendukung fikrah Khawarij.

Dalam erti kata lain pengkhianat Islam. Khawarij merujuk kepada golongan yang pada mulanya menyokong sepupu Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali Bin Abi Talib sebelum keluar kerana kecewa Ali berdamai dengan sahabat Nabi, Muawiyyah Bin Abu Sufyan.
Golongan Khawarij ini wujud sehingga hari ini dan mereka merujuk diri mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Antara ciri utama ajaran Khawarij adalah amalan mengkafirkan orang Islam lain atau dipanggil takfir.
Menurut Dr Juanda, golongan yang anti perpaduan ini merupakan pendukung fikrah puak Khawarij sebagai kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (UMNO dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.
Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan PAS, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.
Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.
“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.-

TQ AGENDADAILY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger