KUALA LUMPUR, 29 Mei — Kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya mengeluarkan perintah pembekuan kerja pembinaan projek pangsapuri di PJS1 kepada pemajunya Peter’s Brickworks Sdn Bhd sehingga dua isu utama diatasi.
Arahan itu berkuat kuasa mulai esok sehingga masalah penempatan peneroka bandar dan sekolah diselesaikan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat memandangkan masalah sekolah, penempatan penduduk dan banjir di kawasan tersebut masih tiada penyelesaian sejak 2003.
“Kita perlu melihat semua isu yang terlibat supaya satu penyelesaian menyeluruh boleh dicapai,” kata beliau lagi.Macam mana hebat dia akan selesaikan masaalah ini?
Peneroka bandar di kawasan PJS1 telah ditempatkan di rumah panjang semenjak 2003 untuk memberi laluan kepada pembangunan atas tanah persendirian oleh syarikat Peter’s Brickworks yang mana mereka juga telah dijanjikan rumah.Mahkamah tidak ada masaalah ... tapi kenapa dia memandai nak stop work?
Projek berkenaan berdepan masalah dan tidak boleh diteruskan apabila penduduk sekitar tapak pembinaan memfailkan bantahan ke mahkamah.
Namun, baru-baru ini mahkamah telah membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek meskipun ada tiga keluarga setinggan yang enggan berpindah kerana masih lagi tidak memiliki rumah yang dijanjikan.
Justeru kata Menteri Besar, masalah begini berlaku kerana polisi setinggan sifar oleh pentadbiran terdahulu telah gagal menyelesaikan masalah penempatan setinggan secara menyeluruh.Sementara tunggu rumah siap, setinggan yang merupakan peneroka asal kawasan itu, ditempatkan dalam rumah panjang.
“Dengan hanya membina rumah panjang tidak akan menyelesaikan masalah. Rumah panjang yang sepatutnya untuk sementara akhirnya diduduki bertahun-tahun dan apabila masalah lain timbul, ia menjadi semakin rumit,” kata Khalid.
Menteri Besar berkata, kerajaan Selangor perlu membuat perancangan yang teliti bagi memastikan isu setinggan di negeri ini diselesaikan dengan baik dan memberi manfaat kepada kepada semua pihak terutama rakyat berpendapatan rendah.
Khalid kata tak betul dan tak menyelesaikan setinggan sifar gagal? Adakah dia cara lebih baik?
Dalam isu PJS1, tegas Khalid, polisi setinggan sifar bukan sahaja tidak menyelesaikan isu penempatan peneroka bandar tetapi juga menidakkan hak penduduk tempatan untuk memiliki sekolah.Teruskan Khalid ... jangan lihat kepentingan satu pihak saja. Ada banyak pihak perlu dijaga dna diimbangkan. Kita tengoklah macam mana dia selesaikan.
Bagaimanapun katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan bekerjasama dengan semua pihak supaya peneroka bandar PJS1 mendapat rumah mampu milik seperti yang dijanjikan.
“Kita tidak menghalang projek-projek pembangunan kerana ia akan merangsangkan lagi pembangunan ekonomi negeri.
“Pada masa yang sama, kita juga cuba menyeimbangkan kepentingan ekonomi dengan kepentingan rakyat,” kata Menteri Besar.
The Malaysian Insider
Menyalahkan orang lepas senang. Tapi banyak hal dia tak selesaikan.
Hanya menyalahkan pentadbiran yang lepas. Kalau hanya nak menyalahkan pentadbrian lepas, Khalid patut berikan kuasa balik kepada BN untuk selesaikan.
Kalau rumah panjang bukan penyelesaian, adakah maknanya tiada lagi perlu rumah panjang?
Adakah Khalid akan halau saja orang dari rumah panjang? Kalau mereka tiada rumah panjang, mana mereka akan duduk?
Nampaknya cara dia selesaikan akan serupa masaalah Kg Keradang dan beberapa tempat lain, begitulah nampaknya. Pasti dia akan halau mereka
TQUNSPINNERS
Post a Comment