MOSCOW 29 Mei - Berpuluh-puluh orang ditahan polis di ibu negara Rusia, Moscow hari ini dalam pertembungan aktivis hak asasi kumpulan gay dan kumpulan penentang pada percubaan kali keenam untuk mengadakan perarakan kumpulan gay.
Kumpulan hak asasi gay berharap Datuk Bandar Moscow yang baru, Serfei Sobyanin akan membenarkan perarakan tersebut selepas bertahun-tahun tidak diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
Kumpulan gay tersebut yang berhimpun berhampiran tembok Kremlin, bertembung dengan kumpulan penentang yang bertindak menyerang mereka sebaik sahaja menaikkan bendera pelangi dan poster.
Beberapa pertemuan berasingan kumpulan aktivis gay di berhampiran bangunan kerajaan di Moscow dileraikan pihak polis kira-kira 20 minit kemudian.
Menurut agensi berita Rusia, kira-kira 40 orang ditahan dalam kejadian tersebut. - Reuters
Post a Comment