Label 10

Home » » 807 anggota DAP P. Pinang keluar parti sertai MIC !!!

807 anggota DAP P. Pinang keluar parti sertai MIC !!!

Written By AAKJ on Monday, May 30, 2011 | 12:34 AM

 




BUTTERWORTH 29 Mei - Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya. "Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam ini. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger