Kalau dah rasuah tetap rasuah juga hasil didikan kerajaan Pas Kelantan bertema membangun bersama Islam.
Kalau bapanya makan duit ladang rakyat melalui rampas tanah, anak pun ikut sekali belajar makan duit rakyat.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung laporan pemalsuan kad kredit dipercayai melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Baharu Banda Raya Islam (MPKB-BRI) dalam pembayaran cukai bandar.
Pemangku Ketua Jabatan itu, DSP Nazely Mohd Said berkata beliau sendiri akan meneliti laporan polis yang telah dibuat setahun lalu berhubung dakwaan seorang pemilik kad kredit telah kehilangan kad kreditnya setahun lalu setelah membuat pembayaran cukai bandar kepada MPKB-BRI. "Kita siasat pelbagai aspek kerana dalam tempoh setahun tiada sebarang tindakan diambil," katanya semasa sesi dialog Majlis Penerangan Keselamatan Jenayah dan Dadah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Kelantan di sini, pada 26 April lalu.
Turut hadir dalam sesi itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Supt Md Azmi Othman, dan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan Lau Chit Fang sebagai moderator untuk sesi dialog dengan masyarakat Cina Kota Baharu.
Pemilik kad kredit itu telah mengajukan soalan kepada Lau secara bertulis dengan nama, kad pengenalan, nombor telefon dan alamat diberikan kepada pihak polis tetapi maklumat itu dirahsiakan ketika Lau membaca soalan pengadu tersebut.
Lau berkata pengadu pemilik kad kredit tersebut telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah membuat pembayaran cukai bandar di MPKB-BRI dan telah tertinggal kad kreditnya di pejabat majlis berkenaan.
"Beliau telah mengambil kad kreditnya semula dan sebulan kemudian pemilik kad itu melihat penyata bank dan mendapati kad kreditnya telah digunakan untuk membayar cukai bandar individu lain," katanya.
Beliau berkata pemilik itu telah bertemu dengan individu terbabit dan individu itu telah menunjukkan bahawa cukai bandarnya telah dibayar secara tunai dan bukannya melalui kad kredit.
Beliau berkata pemilik kad itu telah membuat laporan polis setelah mendapati kakitangan MPKB-BRI telah mengenakan caj ke atas kad kreditnya di atas cukai individu tersebut manakala wang tunai individu itu dipercayai telah diambilnya.
Dalam sesi dialog itu, polis turut memberi kesedaran kepada masyarakat agar mengambil tindakan mencegah daripada memberi peluang kepada penjenayah daripada melakukan jenayah.
Sesi itu bertujuan mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat Cina sejajar dengan hasrat kerajaan memenuhi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang antaranya mengurangkan kadar jenayah di negara ini
TQKELATEKITO
Post a Comment