Label 10

Home » » DAP CADANG KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA ??!!! MELAYU D TEST LAGI !!! reloaded !

DAP CADANG KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA ??!!! MELAYU D TEST LAGI !!! reloaded !

Written By AAKJ on Saturday, May 7, 2011 | 2:58 PM

perang salib !!!

Kementerian Dalam Negeri memandang serius pertemuan paderi dari seluruh negara yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya selain mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dalam waktu terdekat ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.

“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut kristian. Sebelum ini tak ada langsung.,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) di sini hari ini. - Utusan

SAMBUNGAN:

Malaysia negara Kristian?



PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.
Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com/.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.
"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.
Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.
Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.
Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.
Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.

MELAYU D TEST LAGI !!!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger