Label 10

Home » » DAP HINA KLINIK 1MALAYSIA ...tuiHHH !!

DAP HINA KLINIK 1MALAYSIA ...tuiHHH !!

Written By AAKJ on Saturday, May 21, 2011 | 10:15 AM



Seramai 200 orang penduduk di Bagan Ajam membuat demontrasi aman membantah kenyataan pemimpin DAP di dalam Sidang DUN yang menyatakan penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah satu pembaziran .

Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.

“Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.

“Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya,” katanya.

Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.

“Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.

“Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya,” katanya.

Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.

Petikan dari Anak Seberang/UNSPINNERS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger