Gambar berikut menunjukkan pengunjung di ceramah PKR di Tupong, Satok dan Bandar Semariang Baru.. Jika dilihat jumlah pengunjung yang sekitar 800- 2500 orang, itu memang petanda BN 'goyang' dan bakal jadi tinggalan sejarah.
|
sekitar ceramah PKR di Tupong |
|
Ceramah Anwar di Tupong |
|
|
|
pengunjung ceramah PKR di Satok | |
|
|
Ceramah Ahmad Nazib, Nurul Izzah dan Khalid Ibrahim |
|
Ceramah Azmin di Bandar Baru Semariang |
|
Pengunjung ceramah dianggarkan seramai 2700 orang |
Melihat sambutan yang cukup hangat inilah yang membuatkan pemimpin PR tanpa segan silu menabalkan calon-calon mereka sebagai 'bakal YB' kawasan yang dipertandingkan menggantikan ADUN BN. Itu berlaku dua hari sebelum tarikh pengundian dibuat.
Ini membuatkan ramai pengunjung MELUAT dengan sikap pemimpin PR yang bercakap besar dan terlalu sombong. Mereka lupa bahawa rakyat Sarawak mahukan jaminan kerajaan yang dipilih kelak adalah lebih baik daripada yang ada sekarang jika mereka berjaya membuktikan kejayaan mentadbir di negeri lain.
Malangnya pemimpin-pemimpin baik daripada PAS, DAP dan PKR, hanya menjadikan Selangor sebagai model 'kejayaan' mereka mentadbir kerajaan negeri selama 3 tahun dalam setiap ceramah mereka. Persoalannya, bagaimana pula tentang rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Kenapa keadaan di 3 negeri ini tidak disebutkan?
Hasilnya sejarah cita-cita 'mat jenin' 16 September Anwar (jadi PM) berulang kembali pada 16 April di Sarawak. Angka 16 menjadi badi kepada Pakatan Rakyat. Sememangnya mereka lebih suka dipatuk ular dua kali, bertentangan dengan apa yang Nik Aziz pernah kata... Mereka ini tidak pernah belajar daripada kesilapan.......
BN harus memperbaiki kedudukan bermula daripada sekarang jika tidak mahu mengalami keruntuhan pada pilihanraya DUN Negeri yang akan datang. Usah menyangka kemenangan ini akan berkekalan selama-lamanya. Populasi semakin bertambah, bandar-bandar satelit juga akan semakin bertambah.. Bermakna fix deposit BN juga harus diperolehi daripada pengundi cina juga.
Post a Comment