Mulanya kami menyangka ceramah ditunda ke hari lain memandangkan tidak ada kelibat manusia menunggu di pinggir jalan seperti lazimnya. Akhirnya ceramah pun dimulakan jam 9.30 setelah melihat kehadiran sekitar 20 orang sudah berkumpul.
Ketika berhujah, dia merayu-rayu supaya rakyat mengundinya pada 16hb nanti.. Susahlah begini sebab rakyat tak berapa mengenalinya... datangnya Zulrusdi ke Kuching pun hanya seminggu sebelum hari penamaan calon…
Zulrusdi telah dipergunakan Anwar.. penduduk kawasan tidak mengenali siapa Zulrusdi yang bertanding di DUN ini. Malah ramai menyangkakan dia adalah warga KL yang mencuba nasib di negeri Sarawak. Kalau tak percaya cuba lihat gambar pengiringnya di bawah ketika penamaan calon tempoh hari...
Masalah ketiadaan Dewan Serbaguna untuk masyarakat setempat dan projek perumahan kawasan berhampiran yang mengambil masa lama untuk siap dijadikan isu dan agenda supaya rakyat memilihnya.
Persoalannya, sekiranya menang apakah Zulrusdi akan berpindah ke Kuching atau balik ke Kuala Lumpur nanti? Adakah dia akan kembali ke sana setelah tamat pilihanraya negeri dan meneruskan kehidupannya sebagai pensyarah?
Akhirnya janji tinggal janji.. Taklah keterlaluan kalau rajahmas kata boleh runtuh langit kalau PKR ambil berat kebajikan semata-mata untuk rakyat di Sarawak. Selama 10 tahun, agaknya berapa kali PKR datang ke Sarawak bertanyakan khabar rakyat di negeri ini?
1 kali? atau 2 kali? atau 3 kali?
TQRAJAHMAS
Post a Comment