Pembangkang kerap kata taib mahmud seorang diktator, gila kuasa dan macam-macam tomahan yang di berikan pada ketua menteri tu, tapi pembangkang lupa, penghinaan yang di lemparkan pada taib mahmud samalah seperti menghina rakyat sarawak sendiri, kenapa aku kata macam tu?
Ok, taib mahmud jadi cm sarawak selama 30 tahun, dalam 30 tahun tu dah berapa kali pilihanraya negeri dah di buat, kalau betul rakyat sarawak tak suka dengan taib mahmud dah lama dah taib tak jadi cm, itu maknanya rakyat sarawak suka dengan taib, toksah cerital la pasal rasuah, kuasa rakyat mengatasi kuasa duit, jadi kenapa pembangkan perlekehkan pemimpin yang mereka pilih? cara pembangkang pertikaikan tu seolah-olah menghina rakyat sarawak. pembangkang melihat orang sarawak ni bodoh dalam memilih pemimpin maka pada mereka sebaiknya mereka di jajah oleh parti-parti dari semenanjung seperti dap, pas dan pkr.
Maka aku tak heran hadi berkata "semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita, cuma di batang ai sahaja kita kalah pasal mereka tak tahu undi, pakai cawat lagi", jadi nampak tak sampai ke tahap tu puak pembangkang sanggup hina rakyat sarawak semata-mata tak puas hati taib mahmud berkuasa dan kuasa itu rakyat sarawak juga yang berikan pada taib.
Pembangkang jangan nak main wayang la, sebelum 2008, pembangkang tak pernah pun nak ambik tau dan pikir pasal nasib rakyat sarawak, malah dap dan pas kerap hilang wang deposit pilihanraya dan ada tempat yang pas dan dap tak letak calon pun, rakyat sarawak masih ingat lagi bagai mana mereka di tipu hidup-hidup oleh anwar sewaktu penubuhan universiti malaysia sarawak (unimas), macam mana anwar anwar sapu duit peruntukan untuk membesarkan kampus unimas di sebat oleh anwar dan gunakan duit tu untuk bertanding jawatan timbalan presiden umno ketika tu, nahh sekarang nak tunjuk baik pulak... porahhh.
TQ DARULEHSAN
Post a Comment