Label 10

Home » » DAP BUKAN PARTI SARAWAK !!!

DAP BUKAN PARTI SARAWAK !!!

Written By AAKJ on Saturday, April 9, 2011 | 1:00 AM


Baru sahaja bermula kempen, DAP dah mula main kotor. Ini terjadi di DUN Pujut apabila calon BN Andy Chia Chu Fatt mendapati poster gergasi milik BN telah dirosakkan dengan kejamnya.
DUN Pujut menyaksikan penyandang BN, Andy Chia Chu Fatt ditentang calon DAP Fong Pau Teck yang juga Pengerusi DAP Miri.
Poster gergasi BN yang dipasang di hadapan Bulatan Datuk Edward Jeli telah dicabut dan dikoyakkan. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Miri.
Kejadian yang serupa juga berlaku pada Pilihan Raya 2006 apabila poster BN juga digunting seperti yang berlaku pada hari ini.
Berasaskan kepada apa yang berlaku pada hari ini, semenangnya itulah budaya yang cuba dibawa DAP dan Pakatan Pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak. Mereka bukan sekadar mahukan kuasa, tetapi juga mahu menerapkan budaya samseng dan kasar kepada rakyat Sarawak.
Dalam usaha tidak mengeruhkan keadaan, Andy Chia meminta penyokong BN-SUPP untuk tidak membalas dendam sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan susulan.
Budaya DAP, Budaya Ganas …


TQWIRAKENYALANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger