Label 10

Home » » SYABAS DAN TAHNIAH..KERAJAAN HEBAT !!

SYABAS DAN TAHNIAH..KERAJAAN HEBAT !!

Written By AAKJ on Monday, March 28, 2011 | 8:04 PM


Kejayaan Lotus Renault menduduki tempat ketiga perlumbaan Formula One di Melbourne semalam telah menaikkan nama PROTON Holdings Berhad selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya, Lotus Group.

"Tahniah kepada Lotus Renault," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menyifatkannya satu kejayaan daripada segi penjenamaan kepada PROTON.
Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata pihak Lotus akan memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman.

"Jika ruang diberikan kepada PROTON sudah tentu ia memberi pendedahan baru kepada jurutera tempatan bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tetapi juga boleh belajar bagaimana untuk bersifat lebih inovatif," katanya.

Dalam perlumbaan pembuka tirai kejohanan F1 musim ini di Melbourne, Australia semalam, pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov dari Rusia, menduduki tempat ketiga di belakang juara musim lalu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull dan Lewis Hamilton yang menadu McLaren.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger