MOHD. FATMI menunjukkan surat pengosongan bangunan pasar MPKB sambil disaksikan Salim (kiri) dan para peniaga lain di Kota Bharu semalam.
– Selepas sekian lama berjuang mempertahankan ‘periuk nasi’ mereka, 300 peniaga Pasar Besar Arked MPKB akhirnya terpaksa mengalah apabila menerima surat arahan mengosongkan bangunan pasar tersebut selewat-lewatnya pada 30 Mac ini.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Arked MPKB, Ab. Salim Ahmad berkata, surat tersebut diterima daripada syarikat yang mengendalikan pasar itu pada 22 Mac lalu.
Salim mendakwa, tarikh 30 Mac itu tidak menepati janji seorang exco kanan kerajaan Kelantan baru-baru ini yang memberi tempoh sehingga 31 Mei untuk berpindah.
“Kami sudah beritahu Menteri Besar tetapi beliau membisu sampai sekarang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Post a Comment