ANAK JATI SARAWAK !!!
TERIMA KASIH PEHIN !!
Pehin Seri Taib Mahmud, “bapa kemodenan” Sarawak. Beliau sudah menjadi menteri penuh Kerajaan Persekutuan seawall Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981, tahun yang sama Tun dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri.
Taib Mahmud pernah bekerja sengan semua Perdana Menteri Malaysia sejak pembabitan dirinya dengan karier politik. Berlatar belakangkan pengalaman yang luas di sepanjang kariernya inilah yang menjadikan Taib Mahmud begini arif dengan selok belok politik negara, khususnya di Sarawak.
Sarawak adalah sebuah negeri yang unik dan mempunyai kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam. Bukan mudah untuk menyatukan semua bangsa-bangsa di Sarawak ini dibawah satu “payung”. Dan individu yang bertanggungjawab menyatukan seluruh Sarawak itu tidak lain tidak bukan, Taib Mahmud.
Sekitar pentadbirannya sejak 1981, pelbagai kesusahan dan masalah yang dihadapinya seperti projek empangan Bakun, masalah etnik terpencil di sekitar Sarawak, sumber ekonomi utama rakyat dan negeri, dan banyak lagi. Namun, beliau dengan tenang berjaya menyelesaikan satu persatu masalah tersebut sehingga Sarawak menjadi di antara negeri terkaya di Asia Tenggara.
Bukan mudah untuk memerintah sebuah negeri yang luasnya satu pertiga dari jumlah keluasan Malaysia. Malah, keadaan geografi negeri Sarawak yang bergunung-ganang, berbukit bukau dan kepadatan penduduk Sarawak yang hanya mewakili 10 peratus dari penduduk Malaysia, tentunya agak sukar bagi mana-mana pemimpin untuk membangunkannya
Beliau berjaya menyediakan pelbagai kemudahan asas kehidupan kepada hampir seluruh Sarawak. Beliau berusaha dengan gigih dan dengan jaminan pertolongan dan sokongan kuat dari Tun Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, proses pemodenan negeri Sarawak berjaya dilaksanakan oleh Taib Mahmud.
Setiap rakyat negeri Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik telah mengecapi segala nikmat kemodenan yang dibawa oleh Taib Mahmud di Sarawak. Tidak mengira siapa dan di mana, setiap rakyat Sarawak amat menghargai dan cukup berterima kasih dengan jasa yang berikan oleh Ketua Menteri Sarawak ini.
Kini, hanya kerana gilakan kuasa yang mereka anggap sebagai “lubuk emas” untuk mengumpul kekayaan, pihak pembangkang telah merosakkan keharmonian dan kehidupan aman damai rakyat di Sarawak. Mereka mula menghasut dan menceritakan perkara tidak benar tentang Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Segalanya kebenaran ini dinafikan oleh pihak pembangkang. Segala jasa Pehin Seri Taib Mahmud dinafikan, malah beliau dituduh sebagai korup dan menyeleweng! Penulis mencabar semua website mahupun pihak pembangkang agar melaporkan dakwaan mereka itu kepada pihak SPRM, PDRM dan mana-mana pihak berkuasa untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka.
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN..SARAWAK BERTERIMA KASIH PADA ANDA...!
sayang sarawak bersatu !
Post a Comment