MPPP lulus kerja gali jirat Cina untuk bina projek RM300 juta
Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan kerja menggali dan mengalihkan 56 jirat Cina lama berusia 112 tahun di Batu Lancang di sini menimbulkan ke marahan waris-warisnya.
Mereka mendakwa, MPPP telah meluluskan permit menggali semula jirat itu kepada sebuah syarikat pemaju sedangkan pertikaian mengenai perkara itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Katanya, beberapa rayuan kepada MPPP termasuk untuk bertemu pemimpin kerajaan negeri bagi membincangkan isu itu tidak dilayan.
Katanya, antara tokoh ternama yang disemadikan di tanah perkuburan itu ialah pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Hup Chui dan dermawan terkenal, Lim Ko Seng.
SAYANG Kosmo
Tanah kubur jadi tapak rumah
Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur !!
Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.
Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.
Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.
“Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati,” ujarnya semalam.
SAYANG Kosmo!
Post a Comment