3 anggota panel India
Tiga anggota panel dari kaum India yang dilantik ke dalam panel bebas mengenai Interlok telah bersetuju bekerjasama menyelesaikan isu tersebut, kata Presiden MIC, Datuk G. Palanivel hari ini.
Katanya, beliau telah bertemu dengan dua daripada mereka bersama-sama dengan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Ravin Ponniah.
"Anggota panel dari kaum India telah meminta saya mengatur pertemuan khas dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
"Mereka juga memberitahu saya yang mereka telah mengenal pasti semua bahagian sensitif dalam novel itu dan akan membentangkannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Palanivel dalam satu kenyataan di sini.
Pada Rabu, Dr N.S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Shankar SB dilapor menarik diri daripada panel itu kerana tidak berpuas hati, yang desakan mereka mengenai 100 lagi pindaan dilakukan tidak diendah.
ketiga-tiga mereka yang juga wakil MIC masih anggota panel bebas terbabit yang bertujuan menyelesaikan kontroversi buku berkenaan-Muhyiddin
Post a Comment