Label 10

Latest Post
Showing posts with label Politik 4. Show all posts
Showing posts with label Politik 4. Show all posts

Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ

Written By AAKJ on Wednesday, August 21, 2013 | 10:03 PM

AZMY KELANA JAYA

Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa susahkan sikit sahabat-sahabat yang aakj hormati..

Blog ini akan berpindah alamat mulai esok ke alamat baru ;


Ini kerana ada masalah teknikal d blog ini..walaupun hati ni sayu nak tutup blog ini tapi apa boleh buat..perjuangan wajib d teruskan juga..yelah siapa tak kecewa..dah 11 juta lebih viewer..jadi kepada sahabat yang LINK dan FOLLOW melalui kaedah NETWORKBLOG harap daftar d blog yang baru seperti alamat yang d atas..

Terima Kasih yang tidak terhingga aakj ucapkan kepada sahabat semua kerana bersama selama sepenggal yang lalu..LOVE U ALL...

KLIK SAJA D ALAMAT BLOG BARU DAN KITA SENTIASA BERSAMA...




Foto Husain Bolt Di Sambut Petir Di Garisan Penamat

Written By AAKJ on Tuesday, August 13, 2013 | 8:30 PM

Usain Bolt


Setibanya Usain Bolt ke garisan penamat larian 100m pada kejohanan World Athletics Championships di Moscow, jurugambar AFP Oliver Morin yang telah bersedia di tempat dan waktu yang tepat untuk mengambil gambar penamat, dimana gambar yang telah di snap nya menjadi gambar yang cukup iconic buat sejarah kerjaya Usain Bolt.

'I didn’t see all of it at first when it was the small images. I just saw Bolt in the frame, because the image was a small size. I say "Ok, Bolt is in and he looks sharp". Then I open the picture and say "Ooo". There’s lightning there and a second shot with lightening. And then I notice that there is something there. So here we go.”



Oliver Morin


Gambar-gambar serupa ini memerlukan tuah. Bertuah la sebabnya ia berlaku kebetulan. Tapi ada dalam beberapa post comment (di sesetengah website) gambar tersebut adalah palsu. Entah ya atau tidak biarlah mereka terjun dengan labu-labunya..hehehe. Pada aku kalau dapat gambar serupa itu ianya merupakan satu kebanggaan. Sungguh ICONIC..! Usain Bolt and Bolt.

- azstory311

Wanita Di Belasah, Di Bogel & Foto Di Rakam

Gadis Dibogelkan & Dibelasah Dengan Besi

Kuching – Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.
Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan. 
Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.
Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah. 
“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa. 
“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.

Foto : Cuba Rogol Menantu, Mertua Di Tetak Mati

Seorang lelaki yang berang selepas mengetahui bapa mentua tiri pernah cuba merogol isterinya, bertindak di luar batasan apabila menetak lelaki itu sehingga mati di Kilometer 16, Jalan Tuaran By Pass, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Jani Aminul, 40, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di leher dan bahu kiri.


Isteri suspek yang berusia 14 tahun dikatakan menumpang di rumah bapa tirinya beberapa hari lalu kerana meminta ibu menjaga anak lelaki yang dilahirkan seminggu lalu.

Ketika di rumah berkenaan, suspek dipercayai terdengar jiran mengatakan isterinya cuba dirogol oleh mangsa menyebabkan lelaki itu berang.


Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan M Chandra berkata, kejadian disedari isteri mangsa yang pulang ke rumah dan terkejut melihat tubuh suaminya berlumuran darah dan sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.


“Berdasarkan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan di belakang tengkuk dan bahu kiri.

“Mangsa dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, semalam.

Chandra berkata, polis sedang memburu suspek dikenali sebagai Azmi, 20, dan hasil siasatan polis menemui motosikal digunakan suspek untuk melarikan diri di pekan Telipok.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan suspek diminta menghubung Pegawai Penyiasat IPD Kota Kinabalu Asisten Superintendan Rosli Ariff di talian 088-242111 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa Merlyn Aljaini, 43, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menjaga sepupunya yang sarat mengandung kira-kira 100 meter dari rumahnya namun pelik melihat lampu rumahnya terpadam.

“Saya lihat motosikal suami ditunggang seseorang dan saya terkejut sebaik pulang ke rumah apabila suami berlumuran darah di ruang tamu,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam.



-lantakhangp

Foto SX : Penyanyi Tersohor Main Gitar Sambil Bogel

Written By AAKJ on Monday, August 12, 2013 | 8:30 PM

Bieber Nyanyi Sambil Berbogel Untuk Neneknya

PENYANYI muda ini memang tak habis-habis dengan kisah kontroversinya sejak kebelakangan ini.
Terbaru, dua keping gambar menunjukkan Bieber berbogel sambil memegang gitar telah tersebar di sebuah laman gosip terkenal Hollywood, TMZ.com.
Gambar itu dipercayai diambil semasa perayaan Thanksgiving tahun lalu dan tidak diketahui bagaimana ianya hanya tersebar baru-baru ini sahaja.
Penyanyi kelahiran Kanada itu dilaporkan mula bermasalah selepas hubungan cintanya dengan Selena Gomez berakhir dan kebanyakan peminat sudah jemu dengan sikap menjengkelkan yang ditunjukkannya sebelum ini.
Antara lain, dia dilaporkan pernah menghisap ganja selain kencing dalam sebuah baldi di sebuah restoran baru-baru ini.

BIEBS
BIEBER (for nana)
mynewshub

Foto Pasangan Kekasih Bunuh Diri Bersama

Written By AAKJ on Sunday, August 11, 2013 | 2:00 PM

Pasangan Kekasih Bunuh Diri Reput Bersama

SEPASANG lelaki dan perempuan yang dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan hanya kepala tergantung manakala bahagian badan dari bahu hingga kaki di atas lantai di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang, Tiang Dua, di sini, semalam.
Difahamkan, kedua-dua mayat dipercayai warga asing ditemui pekerja estet berusia 30-an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah itu, jam 9.30 pagi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai membunuh diri.
“Kedua-duanya dipercayai menggunakan kerusi plastik untuk memanjat sebelum menggantung diri dengan tali nilon.
“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mati antara tiga minggu hingga sebulan lalu, menyebabkan kepala mangsa masih terikat di tali, manakala badan terputus dan terjatuh di atas lantai akibat reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui lengkap berpakaian.
Katanya, siasatan awal juga mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi dan pihaknya percaya pasangan berkenaan membunuh diri.
“Mayat perempuan berambut panjang ditemui lengkap berpakaian jaket berwarna ungu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam selain memakai seluar dalam coklat muda, manakala lelaki berbaju T berkolar, berseluar panjang dan berkasut hitam.
“Kedua-duanya dipercayai warga asing kerana selain tiada dokumen pengenalan diri, semakan mendapati tiada laporan orang hilang di laporkan di kawasan ini.
“Dipercayai mangsa membunuh diri dengan menggantung tali pada kayu yang diletakkan di atas kerangka rumah,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, pemilik rumah itu Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat selepas dihubungi polis, jam 12.30 tengah hari.
“Rumah ini ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana kerap dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya terpencil dan jauh daripada jiran.
“Kali terakhir saya ke sini lima tahun lalu dan sejak itu rumah ini terbiar sehingga semua barangan di dalamnya, termasuk bumbung dan pagar, dicuri,” katanya.

woWW Kampung "Air Janda Pulang" Beraya !!

Written By AAKJ on Saturday, August 10, 2013 | 4:30 PM



Sambil bawa kereta..sambung dari kisah d SINI..jalan agak sloww..maklumlah banyak kereta dah mula merayau d jalan..ada yang baru dapat cuti balik kampung..ada yang bertukar giliran..dari kampun isteri ke kampung sendiri atau sebaliknya..ada yang pergi beraya d rumah sanak saudara..malah ada yang ke rumah terbuka pemimpin setempat..rumah wakil rakyat laa tu hehe..jangan buat perangai TAPAU makanan dah le..macam yang kat SINI !

Sepanjang jalan merangkak tu, aakj tengok d Kuala Pilah ni ada 'menu baru' dan ada 'menu tradisi' yang sentiasa menggamit anak rantau pulang beraya..saja..nak hilangkan boring..aakj sempat snap beberapa gambar untuk tatapan sahabat yang belum pernah datang ke Kuala Pilah terutama masa raya.

"Air Janda Pulang"..dia punya iklan sepanjang lebih 3km..tunjuk arah d mana air ini d jual..at last..aakj terlepas..sebab masa tu kereta dah mula laju sikit..adeyy rugi wehhh..tempat menjual air ni satu je..huhu melepas nak try haha..isteri dan anak dok sebelah senyum..mungkin dalam hati depa.."padan muka papa..hehe"

Tang salai ni pula..sepanjang jalan Kuala Pilah..ada warung instant yang d bina khas untuk berniaga masa raya je..semuanya SALAI..ada itik salai, ayam, daging dan burung puyuh pun ada yang depa salai..perghHH katanya sedap tapi aakj tak singgah beli sebab aakj tak pandai nak masak benda ni..hehe..(bila pulak ambo reti masak ni)

Seronok juga kalau kita bawa famili lalu jalan kampung begini time raya..sekurangnya kita boleh tengok apa yang istimewa d sesuatu tempat..tradisi berbeza namun tujuan kita hanya satu..raikan hariraya Ummat Islam !

Maaf aakj pinta..foto tak berapa clear..guna handphone je tu..tambahan pula masa driving hehe..kekadang nak juga buat isu begini..taklah stress sepanjang masa isu politik..

OKlah kalau ada isu menarik sepanjang raya ni aakj buat lagi..selamat hariraya semua..maaf d pinta..yang dah habis cuti tu..drive elok-elok masa balik nanti..






Kiasu Cina Malaysia Di Majlis Raya Aidil Fitri ? What A Shame !!


OPEN House !! kita d jemput untuk datang beraya dan jamuan makan d sediakan..bukan untuk datang ambil kesempatan 'tapau' apa yang patut dan bawa balik ke rumah tanpa bertemu sahabat tuan rumah atau sahabat yang datang beraya..

Aakj malas nak tulis panjang..anda baca apa luahan hati si penulis yang begitu kecewa dengan sesetengah pihak yang datang beraya..tapi bukan untuk beraya..pelikkan?

Malaysia kita ni unik..hanya satu dalam dunia yang sambut pelbagai perayaan dan menjemput kaum lain untuk datang beraya sama..

Yang lebih unik dan hebat..rakyat boleh datang dan berjumpa pemimpin dengan mudah tanpa protokol..Perdana Menteri pun anda boleh jumpa dan bertanya khabar..inilah hebatnya Malaysia dalam mengekalkan keharmonian yang telah lama terjalin.

Kalau datang dan 'tapau'..apa maknanya kita datang rumah orang nak beraya ?

Di Temui Setelah 40 Tahun Hilang Di Hutan

Written By AAKJ on Friday, August 9, 2013 | 11:30 PM





Dua orang lelaki, yang merupakan ayah dan anaknya,dijumpai hidup di tengah hutan Vietnam selepas empat dekad dinyatakan hilang dalam Perang Vietnam. Ho VanThanh dan putranya Ho Van Lang rupanya meninggalkan desa 40 tahun lalu setelah sebuah bom menewaskan tiga anggota keluarga mereka.
Mereka ditemui penduduk tempatan yang sedang mencari kayu bakar di hutan lebat di daerah Tay Tra di WilayahQuang Ngai. Rabu (7/8/2013) lalu pihak berkuasamenegaskan bahawa kedua-dua orang itu adalah HoThanh (82 tahun) dan Ho Lang (41 tahun).
Sang ayah dulu menjalani kehidupan normal bersamakeluarganya di dusun Tra Kem pada waktu PerangVietnam yang melibatkan Amerika Syarikat. Namun, suatuhari isteri dan dua anaknya tewas akibat letupan ranjau.Hal itu membuat Ho Thanh tergoncang. Dia kemudian membawa anak lelakinya yang ketika itu berusia dua tahun dan melarikan diri ke tengah hutan. Setelah itumereka tidak pernah melakukan hubungan dengan oranglain.
Mereka hidup dengan memakan buah-buahan, ubi kayu dari hutan, dan menanam jagung. Keduanya mengenakan cawat yang diperbuat daripada kulit pokok, dan tinggal di sebuah pondok kayu yang dibina lima meter di atas tanah.
Ketika warga tempatan dari jarak jauh melihat dua"orang hutan" itu berlaku tidak normal, mereka memberitahu pihak berkuasa tempatan. Para pegawai membentuk pasukan untuk mengesan mereka, dan mencari mereka pada Rabu lalu selepas pencarian selama lima jam.
Sang ayah boleh bercakap sedikit bahasa Kor, bahasasuku minoriti setempat, tetapi sang anak hanya dapat mengucapkan beberapa kata. Kedua orang itu kini sedang menjalani medical check-up sebagai langkah pertama untuk disatukan kembali ke dalam masyarakat.


Sumber: Kompas.com

Selangor : Pemaju Bermaharajalela, Penduduk Di Ancam Banjir Lumpur

Written By AAKJ on Friday, August 2, 2013 | 2:30 PM

Bukit digondol

Melihat keadaan cerun belakang kediaman dihuni tidak lagi selandai dahulu, penduduk Taman Desa Serdang di sini membantah sebarang pembangunan di kawasan lereng bukit berhampiran perumahan mereka.

Difahamkan, ada pihak melakukan kerja tanah dan menarah bukit berkenaan sejak sebulan lalu.

Kawasan yang dahulunya dipenuhi tumbuhan hijau kini dakwa penduduk sudah bertukar menjadi tanah merah selepas bukit berkenaan digondolkan.

Wakil penduduk, Rosdi Abdullah, 53, berkata, yang membimbangkan penduduk, kawasan itu pernah berlaku banjir lumpur September tahun lalu.

Selepas insiden bencana terbabit, penduduk kemudian melakukan pertemuan dengan pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, dia difahamkan, tanah berkenaan pernah diberi kelulusan sementara tetapi tempohnya sudah tamat dan permohonan baru perlu dibuat pihak yang ingin membangunkan kawasan berkenaan.

“Pemaju janji hendak jumpa penduduk dahulu sebelum laksanakan apa-apa kerja tetapi tiada, awal Julai lalu kita dapati ada lori dan jentera masuk ke kawasan itu, perkara ini menimbulkan kemarahan penduduk,” katanya.

Lebih menambahkan kemarahan, lori dan jentera ke lokasi itu dikatakan melalui jalan perumahan penduduk namun selepas dihalang, laluan digunakan akhirnya dilencongkan ke tempat lain.

Rosdi berkata, tiada pertahanan langsung dibuat di kawasan itu menyebabkan penduduk bimbang kejadian banjir lumpur berulang.

"Lebih dikesalkan tiada sebarang papan tanda dinaikkan menyatakan apa yang sedang dilakukan di lereng bukit itu kini," katanya.

Menurutnya, masalah mungkin tidak akan timbul selepas setahun dua pembangunan dijalankan namun bagaimanakah kepastian dapat diberikan selepas berbelas atau puluhan tahun kemudian.

“Kami tidak tolak pembangunan tetapi mesti di tempat sesuai,” katanya.

Dakwanya, pihaknya kini sedang mengumpul tandatangan penduduk dan akan menghantar surat bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penduduk, Saroni Mohd Yatim, 78, berkata, kini sudut geseran antara tanah didapati tidak lebih daripada 30 darjah.

Jelasnya, keadaan itu dilihat tidak stabil daripada sudut kejuruteraan.

“Apabila pihak itu buat bangunan di atasnya bermakna kestabilan sudah tergugat, biasanya sebelum buat kerja tanah mesti buat perlindungan cerun.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan kalau hujan lebat, bagaimana nasib rumah di bawah dan keadaan menara pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak hampir dengannya,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, melalui surat diberikan pemaju kepada penduduk sebelum ini memaklumkan pihak itu sudah mengambil langkah melindungi cerun bukit.


Pihak itu juga memaklumkan sudah melantik konsultan Geoteknikal untuk mengkaji langkah keselamatan melindungi bukit, menanam rumput ‘hydro- seeding’ dan membina longkang tanah untuk mengalihkan pengaliran air hujan bagi mengelakkan banjir di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa longkang dibina tidak dapat menampung jumlah hujan dan akhirnya akan melimpah ke rumah penduduk.

Video Beraya Dengan Anjing ; Keluarga Mohon Seribu Kemaafan


Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.

Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.

Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) di sini.

"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata pelajaran agama Islam.

"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari ini.

Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di negara ini sekitar 1970-an.

Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.

"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf, mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.

"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan itu," katanya.

Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.

"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya.

Terkini !! Foto 25 Pegawai MPAJ Di Serang Dengan Parang !

Written By AAKJ on Thursday, August 1, 2013 | 5:37 PM


Seramai 25 pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang semasa sedang melakukan proses penyerahan notis di Kampung Pandan Dalam di sini pada 23 Julai lalu.
Kesemua mereka bagaimanapun bernasib baik kerana sempat melarikan diri daripada menjadi mangsa tetak kumpulan lelaki terbabit yang terdiri daripada enam hingga tujuh individu tidak dikenali dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.
MPAJ dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 25 pegawai dan anggotanya turun ke kampung berkenaan semasa hari kejadian untuk melakukan proses menyerahkan notis atas kesalahan mendirikan struktur secara tidak sah di tempat awam.
“Pasukan ini terdiri daripada tiga pegawai Jabatan Bangunan dan Senibina, dua pegawai Bahagian Penjaja dan 20 anggota penguatkuasa MPAJ.
“Wakil MPAJ ingin menampal notis tersebut di premis tersebut tetapi telah diserang oleh kira-kira enam hingga tujuh orang penyerang bersenjatakan parang. Tiada pegawai atau anggota penguatkuasa yang cedera dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penyerang terbabit bagaimanapun bertindak merosakkan beberapa kenderaan milik MPAJ di lokasi kejadian iaitu sebuah lori, motosikal dan van.
Jelas kenyataan itu, kumpulan penyerang itu bertindak memecahkan cermin, membocor tayar dan menghentak kenderaan terbabit dengan parang dan objek keras.
Justeru MPAJ membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 24 Julai lalu dan atas nasihat polis, tindakan penyerahan notis di kawasan tersebut ditangguhkan sementara waktu. – mynewshub.my

Foto Pemain Hoki Malaysia Maut Dalam Kemalangan


Pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat, 33 maut dalam kemalangan melibatkan kereta dan lori awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 2.25 pagi itu berlaku di Lebuh Raya Damansara-Puchong berdekatan stesen LRT Kelana Jaya.

Dibesarkan di Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain yang paling lama berkhidmat untuk skuad hoki negara.

Beliau memulakan karier sebagai pemain hoki Malaysia ketika di Sukan Komanwel 1998 dan telah mengumpul sebanyak 300 kaps untuk negara.



Foto Mangsa Terbaru Mati Di Tembak !! Kembalikan Segera Ordinan Darurat & ISA !!



Mangsa Tembakan terbaru, Belum reda dengan kes yang berlaku sebelum ini membabitkan senjata api.

- Seorang pemandu van kilang ditemui mati selepas terkena tiga das tembakan di persimpangan Jalan Permai Utama di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, N. Jeevandran, 26, maut di tempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di kawasan perumahan berhampiran.

Aakj - Kembalikan Ordinan Darurat & ISA !!..puok kera dok senyap..mereka yang giba babi nak akta ini d hapuskan !! Untuk apa sebenarnya !!


"Tuhan Minta Maaf.." - Pastor Cina

Written By AAKJ on Wednesday, July 31, 2013 | 2:00 PM



Pernyataan seorang pastor Singapura, Kong Hee telah menuai kontroversi. Bagaimana tidak, Kong Hee dalam khutbahnya Selasa (30/7/2013) menyebut bahawa Tuhan telah meminta maaf kepadanya.

Dalam khutbah yang dimuat naik ke laman YouTube itu terdengar di hadapan orang ramai, Kong menceritakan soal permintaan maaf Tuhan itu.

"Saya mendengar Tuhan menangis, Dia berkata, 'Anakku, Kong, terima kasih. Saya ingin kamu melewati masa-masa sulit ini sendirian dengan sekuat mungkin, Saya (Tuhan) meminta maaf, tapi sekali lagi kamu harus berjuang sendiri, supaya misi mengubah generasi ini dapat diwujud ', "kata Kong disambut tepuk tangan riuh pengikutnya.

Kong kemudian menambah, "Untuk pertama kali dalam lapan bulan, saya mendengar Tuhan berkata, 'Kong, Saya mencintai kamu, saya menyayangi kamu'."

Kong menegaskan, dia percaya krisis yang sedang dialaminya akan berakhir dengan bahagia.

Ketika ini, Kong sedang terlilit kes dugaan korupsi. Pimpinan Gereja City Harvest ini dituduh rasuah bernilai 23 juta dollar Singapura.

Dana yang diselewengkan itu diduga dipakai untuk membiayai karier muzik Sun Ho, isteri Kong, yang kini berada di Hollywood, Amerika Syarikat.

Video khutbah Kong itu menuai kritikan pedas dari masyarakat Singapura.

"Sungguh lancang dia membandingkan dirinya dengan Tuhan, mendengar Tuhan meminta maaf kepadanya atas kes korupsinya sangat menggelikan," ujar seorang mahasiswa yang menolak disebutkan namanya.

Seorang umat Kristian lain menyebut doktrin yang diajarkan Kong jelas-jelas salah.

Namun, jemaah Gereja City Harvest cuba membela pastornya itu.

"Masyarakat telah salah mentafsir maksud Pendeta Kong, pada dasarnya Tuhan ingin menunjukkan simpati kepada beliau," tegas seorang jemaah.

kompas

Foto : Penjenayah Bekas Tahanan Ordinan Darurat Mati Di Tembak !!


Semalam aakj tulis tang penjenayah ni d SINI

Hari ni terbaca d akhbar..rupanya penjenayah ini 'lepasan' tahanan Ordinan Darurat..apakah dia termasuk yang d lepaskan setelah Ordinan Darurat dan ISA d hapuskan? Siapa yang bersungguh nak hapuskan ?

Baca :
Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam sekatan jalan raya berhampiran Kompleks Desa, Kepong di sini awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 2.15 pagi itu berlaku ketika suspek yang memandu sebuah kereta Toyota Vios, ditahan anggota polis dan diminta keluar untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek berusia 35 tahun mengikut arahan itu namun kemudian mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis terbabit.

"Mujurlah tembakan dilepaskan suspek tidak mengenai sasaran. Dia kemudian merampas sebuah van daripada pemiliknya dan memecut sejauh kira-kira 50 meter.

"Suspek bagaimanapun berjaya disekat sebelum berlaku insiden berbalas tembakan sehingga dia cedera parah terkena tembakan di perut, bahu dan kaki kiri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Mohmad seterusnya berkata, suspek yang tidak sedarkan diri telah dihantar ke Hospital Selayang sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek serta kenderaan dipandunya menemui sepucuk pistol semi auto 11mm caliber, sepucuk pistol tiruan, enam topeng muka dan sebatang besi.

"Siasatan turut mendapati kereta yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kereta tersebut dilaporkan hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal tahun ini," ujar beliau.

Kata Mohmad, pemeriksaan ke atas rekod suspek pula mendapati dia terlibat dalam 20 kes jenayah termasuk lima daripadanya pernah ditahan di bawah EO membabitkan kes jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan rompakan bersenjata.

Jelasnya, mengikut rekod, dia dibebaskan dari penjara pada 2005 membabitkan kes sama.

"Polis percaya suspek mempunyai rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam aktiviti jenayah, justeru, pihak polis akan menjejaki mereka dalam waktu terdekat," ujarnya.


Kembalikan ISA, Ordinan Darurat Sebelum Negara Menjadi Gawat!

Video Gadis Melayu Islam Bermain Dengan Anjing

Written By AAKJ on Tuesday, July 30, 2013 | 9:30 PM

EKSKLUSIF: Saya Tiada Niat Hina Islam, Orang Melayu Terlebih Sensitif

“Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.

mynewshub

Terkini !! Foto 'Pembunuh Upahan' Jadikan Orang Awam Tebusan Di Tembak !



Makin gilOOO !! Kejadian awal pagi ini d road block hadapan Desa Kompleks Kepong KL.

Penjenayah yang d tahan d katakan keluar dari kereta jenis Toyota Vios dan terus menembak ke arah anggota Polis yang sedang bertugas..3 das tembakan..nasib baik tak kena sasaran !!

Penjenayah tersebut juga menahan seorang lelaki Melayu yang sedang berehat dalam sebuah van di tepi jalan. Lelaki melayu itu cuba dijadikan tebusan. 

Anggota Polis berjaya selamatkan tebusan dan penjenayah d tembak d bahu, perut dan kaki semasa pergelutan untuk selamatkan tebusan..penjenayah d bawa ke hospital.

Menurut sumber rapat, penjenayah tersebut adalah  penjenayah yang d kehendaki..WANTED !!

Turut d rampas, sepucuk pistol auto jenis LLAMA bersama 1 biji peluru dalam magazine dan 1 dalam chamber, sepujuk pistol palsu warna hitam, topeng, batang besi dan sebuah kereta VIOS no pendaftaran palsu WRJ 789.

Aakj ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan berani dan cemerlang. 

Bagi puok kera yang dok tuduh polis dengan pelbagai nista..sedarlah, Anggota Polis letak nyawa untuk jadikan Malaysia aman dan kita semua boleh tidur lena..boleh keluar rumah jam 3-4 pagi untuk makan roti canai d kedai mamak..

Bayangkan 2000 pesalah tahan ISA telah d lepaskan kerana ada puok yang racun rakyat kononnya ISA ini zalim..yaa 2000..mereka bukan saja d tahan kerana kesalahan politik kotor seperti penghasut..ada d antara mereka Kepala Gangster..anda ingat mereka keluar pusat tahanan dan bekerja d McD ?

Lihat gambar d atas..ini antara pembunuh upahan ?

KEMBALIKAN I.S.A !!

Di Sini Mereka Puasa 24 Jam

Written By AAKJ on Monday, July 29, 2013 | 5:00 PM


“Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.

Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan anak-anaknya. ”Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.

Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

ramadan kiruna sweden

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam. Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.


malaysiasensasi

Foto Wanita Kerat Penis Doktor & Pos Ke Balai Polis

Preeti Balmiki

Gara-gara tidak tahan menjadi mangsa eksploitasi seks, seorang wanita telah membunuh seorang doktor dengan mengelar leher dan memotong alat sulitnya.
Alat sulit berkenaan kemudiannya dikirimkan melalui pos ke balai polis.
Preeti Balmiki, 25, ditahan selepas polis menjalankan siasatan hasil penemuan alat sulit milik Dr. Satish Chandra.
Wanita itu yang mengaku melakukan perbuatan tersebut berkata, Chandra telah mendera mental dan fizikalnya sejak 13 tahun lalu, dan kini doktor itu mula menaruh minat terhadap adik perempuannya pula.
“Ia bermula pada 2001 ketika dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya yang sakit. Memandangkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan menawarkan pekerjaan kepada saya di kliniknya pada 2003.
“Namun dia telah menyuntik ubat kepada saya sebelum merogol saya,’’ katanya yang mengaku ketagih pada ubat tersebut hingga menyebabkan dia terpaksa memuaskan nafsu doktor tersebut.
Preeti memberitahu, dia cuba memberitahu perkara berkenaan kepada isteri doktor tersebut namun telah dihalau oleh wanita itu.
Jelasnya, pada hari pembunuhan itu, doktor terbabit telah memanggilnya ke sebuah rumah rehat dan di situ, dia telah memasukkan ubat tidur dalam alkohol menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.
Selepas itu, Preeti telah mengelar leher lelaki berkenaan dan memotong alat sulitnya dengan menggunakan pisau pembedahan.
Polis bagaimanapun memberitahu, pihaknya akan menghantar Preeti menjalani pemeriksaan kesihatan bagi penilaian mental.

mynewshub
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger