Label 10

Latest Post
Showing posts with label Politik 5. Show all posts
Showing posts with label Politik 5. Show all posts

Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ

Written By AAKJ on Wednesday, August 21, 2013 | 10:03 PM

AZMY KELANA JAYA

Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa susahkan sikit sahabat-sahabat yang aakj hormati..

Blog ini akan berpindah alamat mulai esok ke alamat baru ;


Ini kerana ada masalah teknikal d blog ini..walaupun hati ni sayu nak tutup blog ini tapi apa boleh buat..perjuangan wajib d teruskan juga..yelah siapa tak kecewa..dah 11 juta lebih viewer..jadi kepada sahabat yang LINK dan FOLLOW melalui kaedah NETWORKBLOG harap daftar d blog yang baru seperti alamat yang d atas..

Terima Kasih yang tidak terhingga aakj ucapkan kepada sahabat semua kerana bersama selama sepenggal yang lalu..LOVE U ALL...

KLIK SAJA D ALAMAT BLOG BARU DAN KITA SENTIASA BERSAMA...




Pemilihan Semula CEC ; Rancangan Jatuhkan Dinasti Lim

Written By AAKJ on Monday, August 19, 2013 | 10:30 PM



Kredibiliti parti DAP kini jatuh ke tahap sifar.  Jika selama ini DAP mungkin mampu mengaburi mata sebahagian rakyat kononnya parti itu memperjuangkan ketelusan, tetapi kini semua orang dapat melihat sendiri betapa hipokritnya DAP.  Jangankan tidak telus, malah rasis tegar dan juga penipu besar. 
 
Kredibiliti DAP jatuh mendadak sejurus selepas berjaya menguasai Pulau Pinang.  Dalam keadaan mabuk kuasa, warna sebenar DAP mula terserlah dan semakin hari semakin terang dan semakin jelas.  
 
Sama ada parti itu ingin mengaku atau tidak, kita melihat hampir semua masalah yang menimpa DAP hari ini adalah berpunca dari Lim Guan Eng.  Sudah menjadi hukum alam bagi mereka yang bongkak akan pasti melakukan kesilapan.  Selagi mereka tidak insaf, selagi itulah orang yang bongkak akan didera dengan kesilapan demi kesilapan. 
 
Inilah yang berlaku terhadap Lim Guan Eng yang sudah terlalu besar kepala setelah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.  Mungkin jawatan itu ditambah dengan jawatan sedia ada iaitu Setiausaha Agong, merangkap anak kepada Lim Kit Siang pula, membuatkan Lim Guan Eng merasakan dirinya berada di puncak kayangan. 
 
Sejak menerajui Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan sifat angkuh menjadi semakin bongkak. Maka tidak hairanlah beliau digelar ‘Tokong’ oleh ahli-ahli partinya, termasuk parti sekutu serta rakyat Pulau Pinang sendiri. 
                                                                                                  
Kebongkakan Lim Guan Eng merupakan antara penyebab utama beberapa pemimpin DAP meninggalkan parti itu dalam kemarahan, kesesalan dan kekecewaan.  Antara personaliti yang signifikan yang telah meninggalkan DAP kerana Guan Eng ialah Tunku Aziz.  Tunku Aziz telah menyertai DAP kerana persahabatannya dengan Lim Kit Siang.  Namun, Tunku Aziz akhirnya telah dipariahkan saja oleh anak sahabatnya, Lim Guan Eng, dengan percubaan untuk merasuah jawatan dan gaji lumayan apabila beliau mengkritik parti tersebut. 
 
Sedikitpun Lim Guan Eng tidak menunjukkan hormat kepada sahabat bapanya, seorang tua dan seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti.  Ini menunjukkan bahawa Guan Eng tidak pernah hormat kepada sesiapa apatah lagi ahli-ahli biasa di dalam parti, terutamanya yang bukan berbangsa Cina. 
 
Justeru, kita tidak terkejut apabila Guan Eng sebagai Setiausaha Agong enggan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dalam pemilihan CEC.  Guan Eng tidak merasa bersalah kerana sengaja menafikan hak 753 perwakilan India untuk mengundi.  Guan Eng juga tidak merasa malu apabila tindakannya sengaja memanipulasi undi telah terdedah.  Malah, Guan tidak segan silu menyalahkan komputer dan membiarkan orang lain memikul kesalahan. 
 
Hakikatnya, DAP berada dalam krisis kepimpinan yang kronik.  Kepimpinan, khususnya, Guan Eng, kini menjadi liabiliti kepada kredibiliti dan imej parti.  Kebongkakan Guan Eng menyebabkan ramai ahli dan pemimpin DAP kurang senang dan pada bila-bila masa saja mungkin meninggalkan parti itu.  Dan Guan Eng juga telah terbukti sebagai penipu, rasis, tidak cekap dan tidak telus. 
 
Dalam kata lain, imej ‘telus’ yang ingin DAP paparkan hancur lebur dengan wujudnya Lim Guan Eng di dalam parti itu.    
 
DAP tidak boleh bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku setelah kemelut pemilihan CEC terdedah sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula.  Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu dan seseorang yang tidak kena dan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah.  
 
Oleh itu, seseorang perlu memikul kesalahan ke atas apa yang berlaku dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agong yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas proses pemilihan.  Tidak mungkin tidak ada ‘kambing hitam’ yang dengan sengaja atau tidak sengaja telah tidak menghantar jemputan kepada 753 perwakilan yang terlibat?   Apakah DAP cuba menyatakan bahawa ‘kesilapan’ ini juga merupakan salah komputer? 
 
Sebagai Setiausaha Agong, Guan Eng wajib meletak jawatan jika gagal mengenalpasti punca ‘kesilapan’ sehingga membawa malu dan masalah besar kepada parti.  Jika Guan Eng terlalu bongkak untuk meletak jawatan, maka DAP wajib membuktikan ketegasan dan ketelusan dengan memecat beliau sebagai langkah memulihkan kredibiliti dan imej parti. 

Terkini Syria ; Duit Syiling Selamatkan Dada Di Tembusi Peluru

Written By AAKJ on Sunday, August 18, 2013 | 3:00 PM


Pantang Maut Sebelum Ajal !! Subhanallah..inilah d katakan rezeki dan ajal hanya Allah saja yang tahu..kita manusia sekadar merancang..tak lebih dari itu..

Pemuda ini d katakan selamat dari maut hanya berasbab duit syiling dalam poket bajunya..beliau d katakan d tembak oleh Tentera Basyar..

Syria..Mesir..bergaduh sesama sendiri..politik tak stabil..atau mungkin ada dalang nak hancurkan negara Islam dari dalam..sapa tau...segalanya mungkin..

Part III Azhar Idrus Eksiden ; Ada Saksi Lihat Dia Langgar Lampu Merah?


Part II kat SINI

Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

UAI1

Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

UAI2

Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.
-mynewshub

Terkini : Foto Kemalangan Di Tempat Yang Sama Depan Bangunan UMNO Penang

Written By AAKJ on Wednesday, August 14, 2013 | 11:35 PM



Insiden tanah mendap ini telah berlaku mengakibatkan sebuah forklif yang sedang melalui kawasan tersebut turut terjerlus ke dalamnya. Syukur tiada sebarang kecederaan berlaku.

Tapak tersebut terletak betul betul di hadapan tapak menara penahan kilat menara umno yang runtuh lebih sebulan lalu.  


Kemungkinan berlakunya runtuhan ini adalah disebabkan oleh si tokong guan eng musibat yang tempohari beria ia memaksa kontraktor di bawah mppp (majlis perbandaran Pulau Pinang) menyegerakan pembaikan kawasan runtuhan menara tempohari.

Inilah akibatnya..

Apapun diharapkan cinabeng DAP atau Guan Eng jahanam sendiri jangan pula cuba nak salahkan umno pula!!


sumber

#PRKKualaBesut : Guan Eng Dimalukan Bapa Sendiri

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 7:00 PM





Semalam secara rasminya PRK DUN Kuala Besut memasuki fasa berkempen setelah selesai proses penamaan calon yang menyaksikan wakil BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan menerima tentangan dari PAS yang diwakili Azlan Yusof dalam pertembungan satu lawan satu.

Menariknya penyertaan PAS dalam PRK kali ini berlaku tatkala PAS dan sekutunya dalam PR masih sibuk mencanang propaganda bahawa SPR tidak memiliki kewibawaan kononnya kerana terlibat dalam penipuan serta tidak telus dalam PRU-13.

Bila mana ia berlaku sedemikian, makna kata pucuk pimpinan PAS secara sedar atau sebaliknya masih mengiktiraf kewibawan SPR serta tetap menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti dan keberkesanan badan itu dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

Syabas kita ucapkan kepada pemimpin PAS di atas pengiktirafan tersebut dan SPR juga wajar berterima kasih kepada pemimpin PAS kerana membantu membersihkan namanya dari propaganda jahat yang pernah dan sedang dilakukan oleh PR.

Namun begitu kita jangan sesekali lupa, selain dari PAS ada lagi individu lain yang turut berhak menerima penghargaan sedemikian. Orang yang penulis maksudkan ialah Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang merangkap bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehadiran Kit Siang semalam semasa proses penamaan calon semalam sesungguhnya satu manifestasi keyakinan pemimpin veteran DAP itu terhadap ketelusan proses pilihan raya Malaysia dan ia nyata bercanggah dengan saranan boikot oleh anaknya pada 1 Julai 2013.

Guan Eng menyebut tindakan boikot itu perlu sebagai satu tindakan protes membantah SPR yang didakwa tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tapi dalam sibuk-sibuk si anak memburukkan SPR boleh bapa kandungnya tampil memberi sokongan untuk PAS untuk menjayakan PRK DUN Kuala Besut yang dikendalikan oleh SPR.

Penjelasan logik untuk meleraikan percanggahan si anak dan bapa ini amat jelas, yakni segala dakwa-dakwi pertikaian terhadap kredibiliti SPR dan persoalan mengenai keputusan PRU-13 hanyalah satu propaganda murahan semata-mata. Jika itu bukan jawapannya, maka sah sudah Guan Eng sengaja dimalukan oleh bapa sendiri.

Denda Jika Menjerit Waktu Bersalin

Written By AAKJ on Saturday, July 13, 2013 | 8:00 PM

Washington Post menuliskan laporan tentang rasuah di Zimbabwe dengan menyoroti mulai dari saat seorang bayi lahir. Menurut media itu, amalan rasuah begitu sistemik di salah satu negara termiskin di Afrika, hingga ke bilik-bilik rumah sakit. Seorang ibu yang berteriak ketika melahirkan misalnya, akan dikenakan denda US $ 5 sebagai "kos untuk" memberikan penggera palsu ".

Akauntabiliti "wang-wang denda" itu dan denda lain, tak pernah jelas.

Produk domestik kasar per kapita di Zimbabwe hanya US $ 500, dengan pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar $ 150. Rumah sakit Zimbabwe juga mengenakan bayaran persalinan yang tak murah, US $ 50. Ini bermakna bahawa, di negara di mana kadar pengangguran sangat tinggi dan kemiskinan berleluasa, seorang ibu yang berteriak beberapa kali selama persalinan mungkin berhutang separuh pendapatan tahunan setelah melahirkan.

Transparency International mendapati bahawa sekitar satu perempat daripada penduduk global membayar beberapa jenis rasuah dalam satu tahun terakhir. Laporan tahunan lembaga itu yang meninjau lebih daripada 100,000 orang di sekitar 100 negara menunjukkan bahawa polis dan sistem mahkamah yang paling terdedah kepada rasuah. Secara keseluruhan, hampir satu pertiga mengatakan interaksi mereka dengan polis adalah dengan membayar rasuah.

Namun dalam soal rasuah, bukan Zimbabwe juaranya. Di Sierra Leone, 84 peratus penduduknya dilaporkan membayar rasuah. Bandingkan dengan Australia, Denmark, Finland, dan Jepun yang 'kadar' rasuah warganya hanya sebesar 1 peratus.

* Sumber tempo.co

#PRKKualaBesut : Calon PAS Terbongkar Ketidaksediaan Memikul Tugas



Baru beberapa hari lepas, semasa namanya dicalonkan, Azlan Jusuh yang keahliannya dalam UMNO mahupun PAS masih diragui, telah dipaksa berbaiah, bersumpah setia di hadapan ahli-ahli dan pemimpin PAS yang hadir di Kuala Besut.

Kalau dengar baiahnya, memang seolah-olah yakin sangatlah dia dengan perjuangan PAS itu setaraf dengan perjuangan Islam, bahkan itulah perjuangan Islam yang sebenar-benarnya.

“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”

Hebat!

Menangis berguling-guling para penyokong PAS sambil menyatakan itulah keberanian calon PAS agar sentiasa berada di landasan Islam yang sebenar-benarnya.

Namun itu semua hanyalah penipuan semata-mata. Mereka bertaqlid. Mereka mudah bernazar. Mereka mudah bersumpah dan mereka juga mudah melaknat tetapi semuanya membenarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub r.a, ia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, ”Janganlah kalian suka melaknat dengan laknat Allah, dengan kemurkaan-Nya, dan dengan neraka,” (Hasan, HR Abu Dawud

Seorang yang mencari-cari tanggungjawab dan mahu dipilih sebagai pemimpin sahaja sebenarnya sudah menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi jumhur ulama membenarkan perlakuan berkenaan atas perkara ‘keperluan ummat masakini’.

Namun hukum laknat, tetap berjalan terus dan tidak pernah bertukar sekalipun ayat-ayat yang digunakan untuk melakukan perlaknatan sudah dicanggihkan.

Azlan Jusuh setelah melafazkan sumpah melaknat diri sekiranya dia meninggalkan atau keluar dari PAS, langsung tidak tahu bahawa dosa dan kesalahan sebenar seorang manusia yang meminta-minta tanggungjawab tetapi kemudian melalaikan tanggungjawab tersebut kerana alasannya, SIBUK DENGAN PERKARA LAIN, adalah jauh lebih besar berbanding ‘dosa’ dia keluar atau meninggalkan PAS.

Takkanlah perkara yang melibatkan KECURANGAN, TIDAK AMANAH dan TIDAK JUJUR dalam tugas, tidak diajarkan kepimpinan PAS kepada Azlan Jusuh? Adakah dengan menyatakan bahawa kononnya dia akan menyerahkan semua gaji, elaun dan upah sebagai wakil rakyat kepada ‘rakyat’, maka itu sudah menghalalkan perbuatannya meninggalkan tanggungjawab selaku pemimpin apabila dia dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kuala Besut?

Apa ke gilanya Azlan Jusuh bercakap tentang perniagaannya sambil menagih agar dia dijadikan wakil rakyat? Apa ke gilanya Azlan Jusuh berlagak yang dia sanggup menggajikan dan mengupah orang lain untuk menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat kerana dia terlalu sibuk berniaga di Kota Bharu?

Ada semacam kegilaan atau kemaruk isim di kalangan puak-puak PAS. Mereka sanggup bersumpah bagi mendapatkan pengaruh dan undian tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya tidak peduli pun dengan sumpah yang telah dibuat.

Dek kerana itulah, kita sering melihat hampir kesemua wakil-wakil rakyat PAS, telah ‘mengharamkan’ muka dan batang tubuh mereka dari kawasan yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat dan pemimpin. Sebaliknya mereka lebih sibuk berada di luar kawasan dan di tempat orang sambil mendendangkan cerita serta dongengan tentang perlunya PAS dipilih sebagai parti berkuasa.

Kalau inilah orangnya dan partinya yang diberikan peluang serta kuasa oleh umat Islam, bermakna, tersangat mudahlah umat Islam ditipu hanya kerana janggut sejemput, ketayap sebesar penumbuk dan parti berjenama Islam.

Sedangkan hakikatnya, mereka telah pun diperdayakan oleh golongan munafiq yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mempermain-mainkan nama Allah Taala hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa

Krisis Air : Selangor Belum Sedia Dedah Butiran

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 9:00 PM

Air: S'gor Belum Sedia Dedah Butiran


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor belum sedia mendedahkan butiran terperinci terma perjanjian projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang termeterai antara kerajaan negeri dengan Pusat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa ini kerajaan negeri mahu fokus kepada usaha penyusunan semula industri air Selangor dibuat secara menyeluruh termasuk rundingan Langat 2.

“Keputusan tidak boleh dinyatakan sekarang kerana masih dalam peringkat rundingan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Projek Langat 2 dibina bagi menampung krisis bekalan air Selangor sekaligus memastikan pengguna di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Mengulas lanjut Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, sebagai langkah persediaan kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan pengurusan khas terlatih sejak tahun lalu bagi mengendalikan proses mengambil alih syarikat konsesi air tanpa membawa sebarang kesan kepada pengguna.

“Pasukan pengurusan sekarang terdiri daripada beberapa pegawai eksekutif yang diambil daripada luar negara untuk melaksanakannya walaupun bayaran gaji mereka lebih rendah dari gaji yang diterima oleh Pengerusi Syabas (Tan Sri Rozali Ismail),” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Pengunaan Air ditugaskan memantau jumlah air mentah Selangor, manakala Setiausaha Negeri dan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) termasuk pakar luar telah berbincang setiap hari untuk memantau keadaan pengeluaran air.

“Oleh sebab itu saya rasa kita tidak akan berada dalam keadaan yang kurang berpengatahuan dalam pengurusan air,” katanya.

Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan sama ada kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada mana-mana individu atau NGO yang menyaman Syabas, Khalid berkata peruntukan hanya diberikan bagi khidmat guaman.

“Kita dah buat beberapa peruntukan untuk hanya beri khidmat nasihat guaman kepada NGO yang nak bergerak dari segi usaha mereka tetapi tak bersama-sama mereka dalam usaha tersebut,” tegasnya.

Minggu lalu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air negeri itu.

Najib melalui surat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 19 Jun lalu menyatakan keterbukaannya dan sedia mengadakan proses rundingan mengikut garis panduan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sekiranya mendapat perkembangan positif dan berhasil, proses penstrukturan ini akan selesai selewat-lewatnya September depan.

“Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat,” kata Abdul Khalid.

Ahli Parlimen BN Kepala Batas Nafi Kahwini Mas Anizan

Ahli Parlimen Kepala Batas Nafi Kahwini Mas Anizan

Orang putih kata, ‘lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on’. Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepal Batas, Datuk Seri Reezal Merican kena tanggung.
Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.
Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.
“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.
“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.
Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.
Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.
“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” katanya.

Operasi Tangkap Anjing Pun Jadi Modal Politik ?

Operasi tangkap anjing kecoh

ALOR SETAR - Seorang pengusaha kilang ikan di Kuala Kedah mendakwa dirinya dikasari anggota Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) dalam satu operasi menangkap anjing terbiar yang dilakukan, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Ang Han Inn, 27, yang berada di premis kilangnya didatangi lapan anggota MBAS termasuk Pegawai Jabatan Haiwan yang menaiki sebuah van MBAS.

Han Inn berkata, sebaik sahaja tiba anggota berkenaan terus melemparkan pukat dan berjaya merampas seekor anjing miliknya.

Menurutnya, dia cuba menahan tindakan anggota MBAS terbabit berikutan anjing itu merupakan peliharaannya tetapi tidak dihiraukan.

“Saya tidak berpuas hati dengan tindakan mereka. Jadi saya cuba berbincang supaya mereka tidak menangkap anjing itu. Saya beritahu mereka itu anjing saya dan jika ada silap boleh maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

“Sepatutnya jika saya buat salah mereka perlu bagi amaran atau notis. Mereka tidak boleh bertindak begitu kerana anjing itu bukan anjing buangan dan saya bertanggungjawab, tetapi mereka tidak hirau,” katanya ketika ditemui di Pusat Komuniti Parti Keadilan Rakyat Parlimen Alor Setar, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Dia berkata, pihak MBAS berkenaan menyuruhnya membuat laporan polis sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Katanya, dia terus menghubungi pihak polis untuk sama-sama berbincang tetapi sekumpulan anggota MBAS itu mahu terus beredar.

“Ketika mereka mahu keluar daripada kawasan premis kebetulan ayah saya sampai dan menghalang kenderaan mereka. Bagaimana pun mereka tetap mahu beredar sebelum sempat polis datang.

“Kami cuba halang mereka dengan menahan van sekuat tenaga. Tetapi tidak dihiraukan malah merempuh saya, nasib baik saya tidak jatuh dan terus bertindak merampas kunci kenderaan mereka,” katanya.

Sejurus selepas itu, Han Inn berkata, pihak polis sampai dan menenangkan keadaan.

“Kemudian polis membenarkan mereka pergi dan meminta kami membuat laporan mengenai kejadian itu sekiranya tidak berpuas hati.

“Tindakan itu sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka yang bekerja dengan kerajaan. Mereka sepatutnya mengikut prosedur sekali pun ingin menjalankan tugas,” katanya.

Abang mangsa, Ang Han Ghee, 32, berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku kepada mereka membabitkan tindakan MBAS menangkap dan membunuh anjing mereka.

“Kalau mereka tangkap anjing yang berada di luar kawasan premis tak mengapa, tetapi ini dalam kawasan premis.

“Mereka juga tak tunjuk waran tangkap atau notis sebelum ini dan malah bersikap kasar,” tegasnya.

Tambah Han Ghee lagi, mereka mempunyai cukup bukti yang menunjukkan kelakuan anggota MSAS berkenaan dan tindakan melalui undang-undang akan diambil.

“Kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka memperlakukan ke atas adik dan ayah saya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Saya juga dihubungi seseorang dari MBAS yang mengatakan anjing kami sudah dibunuh,” katanya.

Sementara itu, Hsiao Leung berkata, beliau kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh anggota MBAS terbabit.

Katanya, pihak MBAS perlu memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit.


“Sepatutnya sebagai anggota penguatkuasa, mereka perlu bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jadi saya menggesa supaya pihak atasan MBAS siasat dan mangsa akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi yang dialami,” katanya.-sinar


Aakj : anda nilai sendiri lah..cuma aakj dan rakyat Malaysia nak tahu..kalau dah anjing tu milik dia maka mangkok ni kena tunjuk la lesen anjing..!!

Kedah : Pengakuan Gadis Lakukan Seks Sejak Umur 15 Tahun ! Mak Bapak Salahkan Kerajaan ?

Written By AAKJ on Sunday, June 30, 2013 | 2:32 PM

'Saya Ada Ramai Teman Lelaki'

KULIM – Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.
Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.
“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.
“Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.
Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.
Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.
Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.
Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.
Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.
Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.
“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.
“Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba,” katanya.
Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.
Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.
Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.
 – Sinar Harian

mynewshub

“Hantu-Hantu” Di GLC Kedah Akan “Dibotolkan” Secepat Mungkin…

Written By AAKJ on Sunday, June 16, 2013 | 11:00 AM






Kadang-kadang “letih” juga bila lihat perangai puak-puak PAS yang tak tahu malu. Sudah kalah tu, sudahlah. Tapi tetap menebalkan muka menempel enggan meletak jawatan lantikan politik mereka di beberapa GLC di Kedah.

Sebenarnya, bukan sedikit puak-puak PAS mengimplankan kroni-kroni mereka di dalam GLC-GLC Kerajaan Negeri Kedah selama lima tahun mereka mentadbir negeri Jelapang Padi itu. Boleh dikatakan habis mereka “ratah” jawatan-jawatan yang ada…

Dulu ketika di awal zaman jajahan PAS di Kedah, parti pak lebai kulup itu menempatkan kroni-kroni mereka ke jawatan-jawatan strategik di dalam GLC-GLC tersebut. Mereka isi seberapa banyak jawatan yang ada secara lantikan.

Maklumlah, semua individu lantikan BN meletak jawatan sebaik saja PAS menjajah Kedah…

Namun, mungkin tak puas hati dengan jawatan lantikan politik yang ada, mereka “ada-adakan” jawatan dan jabatan baru bagi mengisi sanak saudara, isteri, adik, kakak, abang dan sepupu sepapat mereka di GLC-GLC tersebut.

Bukan saja secara di jawatan-jawatan lantikan politik yang dibuat secara kontrak, mereka serap seberapa banyak kroni-kroni mereka di GLC-GLC tersebut ke jawatan tetap. Penuh GLC-GLC di Kedah dengan puak-puak “hijau”.

Bukan apa, kalau yang dilantik dan diambil bekerja itu mempunyai kelayakan yang sewajarnya, saya fikir mungkin mereka punya alasan untuk berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka menitik beratkan profesionalisme dan kualiti pekerja.

Masalahnya, kebanyakkan yang dilantik dan diberikan kerja itu lebih dari separuh tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Adakah patut dilantik seorang bekas eksekutif bank sebagai Presiden sebuah taman teknologi bertaraf dunia? Agak-agaklah sikit..kan?

Bila BN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dari jajahan PAS, tiba-tiba mereka-mereka yang dilantik secara lantikan politik itu enggan meletak jawatan. Bila diberikan notis 6 bulan perletakan jawatan, Kerajaan BN dituduh zalim dan mereka nak saman GLC terbabit…

Agak-agaklah sikit. Tak tahu malu, kah? Kalau jawatan lantikan politik, maka buatlah cara “gentleman”, letaklah jawatan bila PAS kalah di Kedah! Takkan itu pun tak tahu fikir sendiri? Sanggup bermuka tembok menebalkan diri pada BN?

Siapa kata mereka tahu malu? Salah seorang dari mereka misalnya buat muka tak malu hadir ke majlis kesyukuran MB Kedah di Sri Mentaloon dan cuba membodek Datuk Mukhriz Mahathir. Dia fikir Datuk Mukhriz tak tahu siapa dia?


Mukanya terpampang di poster “ceramah tolak BN” sebagai penceramah PAS yang mengutuk BN. Nak tipu apa lagi? Dia patut sedar diri. Cari kotak di supermarket dan kemas barang-barang di pejabat sebelum serahkan surat perletakan jawatan secara terhormat…

Bukan apa. Saya percaya “peninggalan-peninggalan PAS Kedah” di dalam GLC di anak-anak syarikat kerajaan negeri itu dipercayai menjadi “hantu penanggal” yang menyalurkan informasi dalaman kerajaan BN Kedah kepada PAS.

Beberapa informasi sebelum ini dikesan bocor ke tangan puak-puak PAS. Maknanya, ada “hantu penanggal PAS” yang menyampaikan maklumat berkenaan. Kalau maklumat itu sahih lainlah cerita. Masalahnya, maklumat yang disampaikan itu palsu dan berbaur fitnah!

Persoalannya, apakah wajar “hantu-hantu” itu dibiarkan bermaharajalela? Pada saya, mereka perlu “disekolahkan” dengan tindakan-tindakan disiplin yang sewajarnya. SOSMA dan OSA boleh digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, mana-mana lantikan politik di dalam GLC itu perlu ditekan sehabis mungkin dan ditamatkan kontrak mereka secepat mungkin. Bukan apa, ramai lagi golongan profesional yang dilihat mampu membangunkan Kedah semula selepas dirosakkan rejim PAS Kedah.

Saya yakin, walau apa pun yang berlaku selepas ini, barisan Exco dan MB Kedah yang baru mendapat mandat dari rakyat Kedah itu mampu mengatasi masalah “hantu-hantu” itu. Hanya tunggu masa dan ketika saja untuk mereka “disemadikan di dalam botol”..kan?


Guan Eng Ketawakan Mangsa Ribut ?!!

Written By AAKJ on Friday, June 14, 2013 | 10:04 AM



Kalau dah namanya chinabeng, perangai chinabeng memang tidak akan dapat dilekangkan dari tubuh badannya. Hati perutnya memang busuk, hitam, berdanur dan bernanah. Segala kebaikan yang cuba ditonjolkannya selama ini, cukup mudah hilang dan akhirnya tembelang sebenar terdedah.

Bukan main seronok lagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang apabila ribut melanda dan merosakkan sebahagian bangunan Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang. Para pecacai Pakatan Rakyat turut melaporkan kejadian tersebut dan cuba menimbulkan persepsi bahawa ribut yang telah membuatkan Pulau Pinang mengalami kesesakan trafik yang teruk serta kemusnahan yang agak besar, hanya berkisar di sekitar bangunan UMNO dan kawasan sekitarnya.

Walaupun ada kecederaan dan kematian, bahkan turut melibatkan seorang lelaki dan wanita Cina, yang sungguhpun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kerosakan teruk pada kereta mereka akibat ditimpa pokok yang tumbang, langsung tidak menimbulkan kesedaran mahupun perasaan tanggungjawab Lim Guan Eng.

Malah kematian seorang lelaki Cina di Empangan Air Itam akibat ditimpa pokok ketika ribut melanda, juga nampaknya tidak menarik perhatian Lim Guan Eng.

Yang Lim Guan Eng sibukkan adalah ‘MENARA IBU PEJABAT UMNO YANG LUNTUR’ yang kemudian dibetulkan menjadi ‘LENTUR’. Tiada sebarang rancangan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyalurkan sebarang bantuan atau memikirkan sesuatu bagi mengatasi penderitaan serta kepayahan yang dialami oleh rakyat dan penduduk Pulau Pinang, terutama sekali yang terlibat dalam bencana tersebut.

Dari kes susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang runtuh sehinggalah ombak berketinggian 3.5 meter melanda Pulau Pinang dan kemudian yang terbaru adalah ribut yang telah mencederakan dan mengorbankan rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekadar bergelak tawa dan bergurau senda tentang bangunan Ibu Pejabat UMNO yang menurutnya telah melentur kerana ribut.

Adakah itu sahaja yang bermain-main dalam fikirannya?

Mana dia laungan slogan kononnya DAP adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab? Keseronokan melihat runtuhnya antena di puncak bangunan Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang itu sahaja yang mahu diperkatakan?


Selanjutnya baca d SINI

Foto Wanita Simpanan Guan Eng ? Melayu ?

Written By AAKJ on Monday, June 10, 2013 | 3:00 PM


Ada sesapa kenal tak dengan pompuan kat atas ni? Dari segi pujian dia pada Guan Eng tu, gua rasa dia mesti admire gila pada anak Lim Kit Siang yang jadi Ketua Menteri di Penang tu kann..

Tak pun, makcik tu mesti dah teruja dengan rambut berkilat sikat tepi Guan Eng yang sentiasa tersusun rapi..

Tak kira lah apapun.., tapi bagi gua, makcik tu adalah model terbaik segelintir bangsa melayu yang tak sedar diri dan juga tak faham sejarah..

Nak bagi cina jadi PM? Nak bagi DAP jaga Malaysia? Alamatnya merempat la bangsa melayu di negara ni beb.. Jangan lupa apa yang jadi pada melayu di Singapork dah laaa..

Lagi satu, kita kena faham dengan perangai kaum cina dalam negara ni.. Tambah-tambah cina DAP beb..

 Kita takkan boleh puaskan nafsu tamak kaum mata sepet tu tau tak.. Ketamakan dorang tu bertaraf unlimited beb..

Dan bila kita tolong kaum tu, dorang akan berwajah manis dengan kita.. Tapi bila ada yang dorang tak puas hati, kita yang berbudi pada dorang ni akan difu*knya dulu..

So.., gua rasa hanya melayu-melayu bangang je yang tak sedar pasal perangai puak mata sepet tu semua.. Bangang lagi membangangkan!! Puiii!!!

Kasanova Penang Tiduri 3 Beranak !! gilOO !!

Written By AAKJ on Sunday, June 9, 2013 | 11:30 PM

Kasanova

Kejinya seorang kasanova budak pantai apabila tergamak menggunakan kepetahan berbicara untuk mencairkan hati tiga generasi sekeluarga (nenek, anak dan cucu) yang berkunjung ke pantai Batu Ferringhi, di sini, sebelum diperangkap hingga ke ranjang.

Bekas budak pantai itu yang dikenali sebagai Mat, 30-an, pada mulanya berjaya memikat seorang pelancong wanita dari Australia berusia 50-an sehingga menjadi teman tidurnya sebelum meniduri anak perempuan wanita itu berusia 30-an.

Tidak cukup itu, Mat juga meniduri cucu wanita berkenaan berusia 17 tahun yang juga anak kepada anak perempuannya.

Bangga dengan dosa hitam meniduri tiga generasi pelancong wanita daripada satu keluarga itu, Mat menceritakan pengalamannya kepada beberapa rakan rapatnya yang juga budak pantai.

Menceritakan perkara itu, rakan Mat yang hanya mahu dikenali sebagai Azis berkata, kepandaian berkata-kata menyebabkan ramai pelanggan mudah mesra dengan lelaki itu, terutama pelancong wanita..

CCTV Gadis Cina Penang Kecing Dalam Lif !! tuuuiiiHHH !!

Written By AAKJ on Saturday, June 8, 2013 | 9:30 PM

Gadis Cantik Kantoi Kencing Dalam Lif


Jika sebelum ini, kita dihidangkan dengan video seorang perempuan tua di China yang tidak segan-silu membuang air besar di dalam lif, di negara kita pun rupanya ada juga yang sama spesis seperti nyonya tersebut.
Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah lif di pangsapuri Sri Saujana, Pulau Pinang di mana kelihatan seorang gadis tidak menghiraukan kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam lif tersebut asalkan dia dapat melepaskan hajatnya untuk membuang air pada ketika itu.
Hmm, semakin parah nampaknya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.
Kot iya pun, apalah salahnya tahan sehingga sampai ke rumah awak dulu cik adik manis oi..
Kan, tak pasal-pasal gambar awak buang air kecil dah kantoi di laman-laman sosial.

Al-Fatihah Jenazah Mangsa Jambatan Penang II Runtuh Di Kebumikan Awal Pagi Ini


ISTERI mangsa, Shariffah Ramli (tengah) ditenangkan oleh sanak saudara ketika beliau menunggu mayat suaminya, Tajudin Zainal Abidin di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang malam ini. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.

Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi. 

- UTUSAN ONLINE 

Jambatan Penang II Runtuh : Portal Pukima# Malaysiakini "Superimpose" Foto Sebenar ?

Written By AAKJ on Friday, June 7, 2013 | 9:30 PM

MiM ingin mempersoalkan motif portal pro-pembangkang SorosKini Malaysiakini yang menyiarkan foto peristiwa jalan susur jambatan kedua Pulau Pinang yang didakwa telah diphotoshop.

Foto MalaysiaKini di photoshop? Warna langit yang pelik!

Anda bandingkan foto di atas dalam portal tersebut dengan foto-foto lain di tempat kejadian yang sama di Batu Maung. Nampak tak perbezaannya?


Perbezaan yang ketara ialah warna persekitaran dan langit. Foto dalam portal pembangkang itu jelas menunjukkan warna persekitaran dan langit yang berbeza tanpa awan.


Malah, tajuk laporan tersebut juga agak mengelirukan iaitu 'Sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang Runtuh'. Realitinya, yang runtuh ialah jalan susur daripada struktur utama jambatan kedua Pulau Pinang itu!

Kenapa jadi begitu?


sumber

UpDate Jambatan Penang II : Pemilik Kereta Yang Terperangkap Di Kenal Pasti


Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar. 

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.

Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta dan seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.

Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.

Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotong sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.

Jurucakap bomba berkata runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.

Katanya setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakan konkrit itu. 

Beliau berkata lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu.


sumber
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger