Label 10

Latest Post
Showing posts with label Politik 2. Show all posts
Showing posts with label Politik 2. Show all posts

Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ

Written By AAKJ on Wednesday, August 21, 2013 | 10:03 PM

AZMY KELANA JAYA

Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa susahkan sikit sahabat-sahabat yang aakj hormati..

Blog ini akan berpindah alamat mulai esok ke alamat baru ;


Ini kerana ada masalah teknikal d blog ini..walaupun hati ni sayu nak tutup blog ini tapi apa boleh buat..perjuangan wajib d teruskan juga..yelah siapa tak kecewa..dah 11 juta lebih viewer..jadi kepada sahabat yang LINK dan FOLLOW melalui kaedah NETWORKBLOG harap daftar d blog yang baru seperti alamat yang d atas..

Terima Kasih yang tidak terhingga aakj ucapkan kepada sahabat semua kerana bersama selama sepenggal yang lalu..LOVE U ALL...

KLIK SAJA D ALAMAT BLOG BARU DAN KITA SENTIASA BERSAMA...




Terkini Nahas Bas Genting ; Foto Mayat & Operasi Menyelamat




Sehingga kini, 32 mayat ditemui di lokasi sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands menghala ke ibu negara kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Dalam pada itu, 17 daripada mayat tersebut telah dibawa naik oleh pihak bomba.

Tragedi yang paling buruk selepas nahas bas ekspres dan bas sekolah di Merapoh, Pahang pada November 2003 yang meragut 18 nyawa.

Terkini : Foto Bas Masuk Gaung Genting

Bas Masuk gaung km 3.5 Jalan Genting berhampiran Chin Swee Temple..d beritakan bas tersebut penuh dengan penumpang.

Menurut sumber, bas tersebut menjunam dalam jarak 150 meter.

Usaha keluarkan mangsa sedang dilakukan..




xx

Ralat ; Foto Bukan Langgar Kereta Polis, Tapi Tembak Polis !!





Tadi aakj, d SINI keluarkan stori..maaf ada sedikit ralat..pembetulan..bukan kes langgar kereta polis tapi tembak polis masa d kejar kerana kesalahan menyamun mangsa d Kg Selayang Pandang.

Gerakan memburu bermula bila hebahan tentang samun bersenjata d terima. Suspek yang d buru ketika itu adalah 5 Lelaki India yang menaiki kereta 4WD Mitsubishi Triton.

Ketika berjaya d kesan d sekitar Batu Caves, Polis terus mengejar Suspek hingga ke Rawang.

Ketika mengejar kereta..suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta peronda Polis menyebabkan kereta polis terbabas d Lebuhraya LATAR melanggar pembahagi jalan..

Polis akhirnya berjaya menangkap salah seorang dari suspek dan kes ini d siasat d bawah seksyen 395 kanun keseksaan.

Aakj nak tanya laa..Penjenayah ni ada S.O.P ke masa tembak polis ni..????

Kempen "OPS Anti Gangterisme" Bermula, Tahniah Gerakan Belia 4B !!


Petang ini, 21 Ogos, berkumpul d Madam Kopi O Kuala Langat jam 5 petang , Gerakan Belia 4B Kawasan Kuala Langat bersama NGO Lion Group dan lain lain d jemput untuk bersama dengan PDRM dalam program benci gangster, OPS Anti Gangsterisme.

Gerakan Belia 4B dan Ngo serta orang ramai yang sudi akan mengecat semula tempat-tempat yang menjadi mangsa conteng Gang 04 yang d katakan mula tunjuk belang akibat anggota mereka d tembak mati d Pulau Pinang tempohari, klik d SINI

Tahniah kepada Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan serta NGO serta orang ramai yang begitu serius tunjukkan rasa benci pada kewujudan kumpulan samseng ini.

Kepada puok kera pakatan haramjadah..turunlah sekali tunjukkan rasa cinta pada Malaysia melebihi cinta pada UNDI !!

Jangan jadikan isu S.O.P bagaimana Polis tangkap atau berhadapan dengan penjenayah sebagai modal politik murahan..penjenayah ada S.O.P ke nak tembak kepala mangsa?

JOM BERAMAI RAMAI PETANG NI...

Terkini Ancam Polis ; Foto Samseng Langgar Kereta Polis !!





perghHHHH dah mula hilang akal ke apa ni? 

Menurut sumber, kejadian ini berlaku pagi tadi..kereta peronda polis d langgar oleh seorang dari kumpulan samseng yang cop kat kepala No 36..mungkin itulah nama kumpulannya kot..

Samada dia sengaja langgar atau sebaliknya..aakj masih tunggu cerita dari sumber..

Kepada puok kera haram jadah yang sibuk dok nak S.O.P..tuuuiHHHH !! penjenayah ada S.O.P ke nak bunuh orang? Depa minta izin dulu ke nak tembak? vavilah!!

..bersambung d part II...cerita detail kes d atas..

Part IV ; Foto 2 Dari Lima Penjenayah Yang Di Tembak Mati, Lihat Sendiri Berapa Tembakan !!




Terdahulu, aakj ucapkan takziah kepada keluarga si mati ini.

Foto ini sekadar berkongsi dengan sahabat semua..bila timbul isu puok kera mula cucuk jarum menghasut ahli keluarga penjenayah yang d tembak mati dengan cerita kononnya tindakan Polis menembak penjenayah yang ada rekod jenayah dan memang WANTED ini adalah salah maka aakj rasa amat tidak adil dan lucu..puok kera pakatan haram..setahap ini mereka nak berpolitik hanya kerana nakkan UNDI KEKAL dan KUASA KEKAL !! 

Kata orang "..at what ever cost.." puok kera pakatan haram sanggup buat apa saja !!

Bayangkan betapa bodoh dan tahap babinya puok kera ini..ketika saat rakyat Malaysia cemas dengan kejadian tembak mati hampir setiap hari pada sebulan yang lalu..bila polis mulakan gerakan besar-besaran dan serius memburu penjenayah yang d katakan 'pembunuh upahan' dan pihak polis berjaya menumpaskan penjenayah..puok kera cuba tampil sebagai hero dengan menuduh Polis tidak betul cara menangkap penjenayah yang bersenjata ini..bukan senjata parang..SENJATAPI !!

S.O.P atau peraturan yang d bangkitkan puok kera ni sengaja nak nampakkan bahawa Polis SALAH dan memberi tekanan kepada pihak polis dengan pelbagai ciptaan persepsi.

Bagi aakj..S.O.P yang paling penting ketika melakukan serbuan terhadap penjenayah yang MERBAHAYA adalah KESELAMATAN ANGGOTA POLIS dan ORANG AWAM yang ada d situ ketika itu..

Puok kera ni fikir Polis nak tembak ke kalau penjenayah itu serah diri setelah d tawarkan penyerahan diri ketika serbuan?

Bayangkanlah kalau pihak polis yang kena tembak dan terkorban..apa pula kata puok kera pakatan haram jadah ni?

Sama-samalah kita tengok siapa loyar dan berapa orang loyar yang bakal 'ambil bahagian' dalam kes ini..kita pakat tunggu..

Kepada Ibubapa..awasilah anak kita semasa mereka membesar d hadapan kita..kalau anak kita jadi "Anakku Sazali" maka kita kena banyak berdoa pada Allah agar dia cepat-cepat kembali ke pangkal jalan dan kalau dia keras kepala juga tidak mahu berubah maka ke balai polis lah kita..


foto ehsan sumber


Part II 5 Penjenayah Di Tembak Mati ; Mayat Mereka Di Arak Bagaikan Wira

Written By AAKJ on Tuesday, August 20, 2013 | 11:44 PM

1150805_705977599419077_1895740407_nPart I ada d SINI

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh

Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.

1150149_705977596085744_98682759_n
Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat. Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.
Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.
Atau adakah suasana sebeginilah yang diinginkan berlaku oleh pembangkang kepada negara agar mereka boleh sentiasa menudung jari kepada pihak kerajaan dan polis agar rakyat melihat kerajaan dan polis hari ini tidak lagi mampu untuk mengawal negara.

Pengurusan Haji : Negara Luar Jadikan Tabung Haji Contoh


Selepas 50 Tabung Haji (TH) diwujudkan, entiti itu kini berjaya menjadi contoh kepada beberapa negara lain Islam dalam pengurusan jemaah haji ke tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selepas lima dekad penubuhannya yang menguruskan pemergian jemaah haji Malaysia itu, kini TH berjaya mencapai satu kemajuan yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.

"Kita harus ingat, kita menubuhkan Tabung Haji bukan hanya untuk menguruskan ibadah haji semata-mata tapi ia kini mampu mengukuhkan ekonomi umat Islam di negara ini.

"Malah peranan itu amat membanggakan kerana peningkatan ekonomi umat Islam itu dilakukan melalui pelbagai sektor dan berjaya meletakkan Tabung Haji sebagai ikon institusi pelaburan negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pameran haji dan fotografi bertemakan 'Al Hajj: Pengalaman Malaysia' di Muzium Kesenian Islam, Jalan Lembah Perdana di sini.

Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Paduka Ismee Ismail; dan Penasihat Yayasan AlBukhary, Datuk Abdullah Abdul Rahman.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil Khir turut mengatakan penerbangan pertama jemaah haji dari Alor Setar terus ke Madinah akan dilakukan pada 9 September ini.

"Penerbangan terus dari Alor Setar dilakukan bagi membolehkan jemaah tidak menghabiskan masa menunggu di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) Sepang," katanya sambil menambah TH turut mewujudkan sebuah hotel di Alor Setar untuk kemudahan orang ramai. 





Terkini ; Foto Kecoh "Kumpulan Samseng 04 " Mula Perang Dingin Dengan Polis?




Aakj terima berita dari sumber, ekoran dari kejadian Polis tembak mati 5 penjenayah d Pulau Pinang semalam, klik d SINI..nampak gayanya macam cerita Mafia Italy yang berkuasa d Amerika...taring yang ada..kuku yang ada..semuanya dah mula nak tunjuk kat Polis..pergHHH..nak balas dendam?

Khabarnya salah seorang yang mati d tembak itu adalah Ketua Kumpulan 04, J.Gobinath 31 tahun atau d kenali sebagai Gobi..

Masa perarakan upacara bakar mayat Gobi pun aakj d beritahu sekitar 200 orang yang d kenali sebagai 'ahli 04' berarak sambil bakar mercun.."mereka datang dari Ipoh, N9 dan juga Tanjung Bunga.." - sumber

Dalam masa yang sama, aakj terima foto dari sahabat..agak mengejutkan sebab aakj memang tiada pengalaman mengenai simbol kumpulan tertentu d Malaysia ini.

Malah bukan setakat simbol..nama kumpulan yang ada dalam senarai pun aakj terkejut bila melihatnya (artikel seterusnya)..terkejut sebab terlalu banyak nama kumpulan ini..pergHHH kumpulan samseng kah ini?

Satu persoalan tiba-tiba bersarang dalam kepala ambo..apakah Malaysia ni mula wujud kumpulan Samseng bertaraf Mafia Italy? Al-Capone?

Apakah ada pihak yang 'tersentuh' bila puok ni d sentuh..pihak politik?











Lokasi :-

1. PEKAN BANTING
 - PONDOK BIT POLIS PEKAN
   BANTING 
- LORONG MAYBANK
- BUS STOP PASAR BANTING
- BELAKANG BANGUNAN GALIAN
   CITY
- BEKAS KILANG CORUM
- RESTORAN UMMI
- DINDING PAGAR BALAI / IPD
   BANTING ( SEBELAH
   BANGUNAN KEDAI )

2. TAMAN BANTING BARU
- KEDAI SINGER
- KABIN PEJ PERSATUAN
   PENDUDUK BB 
- KEDxAI MEE JAWA SAHA
- KEDAI CONER LOTh SEBELAH
   CUCI KERETA
- DINDING TAPAK PROJEK
   BANGUNAN KEDAI BB
- PETI TNB

Hina Sultan ; Daulat Tuanku, Pegawai Istana Tidak Perlu Tunggu Pihak Lain Bertindak


"..Sultan ni banyak mudarat dari baiknya..macam Hukum makan babi.." inilah lebih kurang ayat yang keluar dari mulut bangkai anjing peliharaan khawarij dan juga kononnya golongan ularmak dalam pakatan haram jadah..nauzubillah !!

Taraf Sultan dan Raja d Malaysia, tanah tumpah darah kita mula d asak kembali..mula d hina lagi..malah ianya tak pernah berubah..usaha menghina Sultan ini datang dari mulut babi yang sama..opss maaf..silap taip..dari mulut bangkai yang sama..siap ada "ROAD MAP" bagaimana nak hapuskan Sultan d Malaysia..perghHHH..tuuuiHHH !! aku ludoh muka taik ni...

Tadi aakj dah letak video anjing pakatan haram ni d SINI..aakj mohon maaf pada Istana atau lebih tepat kepada seluruh Istana yang ada dalam Tanah Melayu..nama tanah ini suatu waktu dulu..

Kepada seluruh Istana ;

Ampunkan Patik Tuanku..patik mohon sangat-sangat, dalam hal sebegini, pihak Istana boleh lakukan tindakan yang sewajarnya tanpa melihat reaksi rakyat jelata..rakyat memang marah..kalau d perintahkan perlimaukan keris pusaka dan yang seadanya patik yakin rakyat jelata yang sayangkan Sultan bakal turun pertahankan Sultan..

Patik tak pernah ke Istana, ampunkan patik kiranya bahasa ini kurang tepat untuk luahkan rasa hati pada pihak Tuanku..cukup-cukuplah penghinaan samada yang terang maupun yang berpaksikan gerakan sulit..patik amat yakin ada ruang yang luas bagi pihak Istana untuk bertindak ke atas manusia yang tak pernah kenal untung hidup d bumi yang aman ini..

InsyaAllah, biar rakyat melihat pihak Istana serius membendung usaha menghancurkan benteng terakhir Melayu..biar rakyat juga turut sama dalam pertahankan maruah Agama dan Bangsa ini..ampun Tuanku..

Kepada pihak lain yang punyai bidang kuasa..apa nak tunggu lagi !!!

Part II 5 Penjenayah Di Tembak Mati ; Nama & Foto


Tahniah kepada sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kerana berjaya mengesan dan membunuh sekumpulan ahli kongsi gelap 04 yang terbabit dengan 10 kes bunuh di tiga buah negeri.

Sekumpulan ahli kongsi gelap itu maut dalam kejadian selepas berlaku tembak-menembak dengan pasukan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong. 


Kelima-lima suspek itu ialah J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, A. Vinut, 23, M. Suresh, 25, dan M. Gobinath, 21.

Berita Part I ada d SINI







"Ayuh Kita Sahut Cabaran Ke Greenland Sabtu Ini.."



Selepas berjaya dengan bergaya dalam misi menawan puncak gunung Everest di bawah Projek Everest FELDA 2013, Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) kini mara untuk projek seterusnya.

Kali ini, KE7B akan meneruskan misi terbaru iaitu projek Ekspedisi ke Greenland yang dijadualkan berlangsung April tahun 2014.

Sempena perlaksanaan projek Ekspedisi Greenland 2014, KE7B akan memilih 7 orang rakyat Malaysia untuk memikul tanggungjawab dalam menjayakan misi tersebut.

Menurut penasihat KE7B merangkap penasihat Ekpedisi Greenland 2014, Datuk Akmar Hisham Mokhles, pemilihan awal peserta dijangka akan dijalankan pada Julai 2013 dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia dibawah 30 tahun.


Sessi pemilihan akan bermula pada 24 Ogos 2013, bertempat d Stadium UiTM Shah Alam, seawal jam 7.30 pagi.

Ekspedisi Greenland 2014 akan menyaksikan para peserta perlu merentasi kawasan bersalji sejauh kira-kira 520 kilometer (km) yang dijangkakan mengambil masa perjalanan 32 hari dengan suhu di bawah paras beku.

Jom..kita sahut cabaran ini..Malaysia Boleh !!



Terkini Mesir ; Foto Tentera Yang Enggan Bunuh Orang Awam Di Bunuh Beramai-Ramai

Written By AAKJ on Monday, August 19, 2013 | 2:00 PM








Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.

Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.- berita mesir


Tidak cukup dengan itu, Sisi turut membunuh saudaranya yang bernama Khalid Lutfy al-Sisi. Khalid adalah anak lelaki Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy.

“Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

Terkini ; 5 Penjenayah Di Tembak Mati (Pembunuh Upahan?)

Samseng

Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabla sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.
Kelima-lima suspek dipercayai berusia pada awal 20 an, turut dipercayai terlibat dengan beberapa kes tembakan yang berlaku di negeri itu.
Difahamkan pihak polis telah memantau aktiviti kumpulan tersebut sebelum menyerbu lokasi persembunyian mereka di tingkat 11 pangsapuri berkenaan pada awal pagi Isnin.
Polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari di negara ini dikaitkan dengan spekulasi berlakunya pergeseran antara kumpulan kongsi gelap.
Pada 8 Ogos lalu, seorang peniaga skrap K. Veerappan, 37, ditembak mati ketika dia memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson.
Seorang pemandu motosikal bersama pemboncengnya melepaskan 14 das tembakan , dengan 10 das mengenai leher, pipi dan abdomen Veerappan.
Terdahulu pada hari yang sama, seorang penembak melepaskan enam das tembakan di rumah banglo milik seorang peniaga di Jalan Utama.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan ia dipercayai hanyalah satu cubaan kumpulan kongsi gelap memberi amaran kepada peniaga tersebut.
Pada 9 Ogos pula, kes kejadian tembakan ketiga berlaku di Jalan Datuk Keramat, menyebabkan seorang pengawal cedera di bahagian peha.
Seorang penembak melepaskan enam das tembakan namun hanya satu yang mengenai mangsa.
Kejadian tersebut dipercayai melibatkan ketua kumpulan geng kongsi gelap Si Lian yang turut dikenali dengan geng 04.
Ada d antara mereka mempunyai rekod jenayah dan memang d buru Polis selama ini (WANTED)

KEMBALIKAN ISA & ORDINAN DARURAT !!

Foto X ; Kepala Hampir Hancur Kena Tetak

Written By AAKJ on Sunday, August 18, 2013 | 11:51 PM


Seorang lelaki dibunuh kejam apabila kepalanya hampir hancur ditetak manakala perutnya terburai, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.
Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui terbaring seorang pemilik ladang, kirakira jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis dari Balai Polis Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pemilik ladang berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati terdapat lebih lima kesan tetakan yang dalam di kepala mangsa. Perutnya juga terburai. “Senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian,” katanya semalam.
Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh kurang 24 jam berdasarkan keadaan darah yang masih baru. Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa ditemui memakai baju hitam, seluar hijau dan berjaket coklat serta berkasut kanvas.
“Mangsa merupakan warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.
Beliau berkata, polis menyiasat motif pembunuhan dan masih mengesan penjenayah yang terlibat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Foto X : Kejadian Baling Batu Dari Jejantas Cheras


Entah apa sakitnya..entah apa dalam kepala otak sipelakunya..apa yang dia dapat?

Foto ni aakj ambil dari Facebook..kejadian d katakan berlaku d laluan bawah Jejantas Taman Connaught, Cheras..yang membimbangkan, menurut sumber..ini bukan kejadian yang pertama..adehhh kalu kena atas kepala dengan batu sebesar tu..kemek kepala..

Kalau kena kat penunggang motorsikal? kepala selamat sebab pakai helmet..tapi selamatkah penunggang motorsikal kalau motornya terjatuh akibat terkejut?

Harap sangat d siasat dan sesiapa yang ada maklumat..hubungi je Balai Polis yang berdekatan..

Part III Azhar Idrus Eksiden ; Ada Saksi Lihat Dia Langgar Lampu Merah?


Part II kat SINI

Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

UAI1

Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

UAI2

Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.
-mynewshub

Foto X ; Anak Di Sembelih, Darah Di Minum




“Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam,17 Ogos, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal.

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti?

Written By AAKJ on Saturday, August 17, 2013 | 9:47 PM

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.
“Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor hari ini.
Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.
Khalid berkata, PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.
Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.
Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata idea tersirat di sebalik program Desa Selamat adalah supaya masyarakat dan polis bekerjasama serta saling bertukar maklumat bagi membanteras jenayah.
“Masyarakat haruslah bersikap skeptikal sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam persekitaran mereka,” katanya.
Khalid juga berkata hanya penduduk setempat yang boleh memberi maklumat berhubung keadaan atau orang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. – BERNAMA

-mynewshub
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger