Pembikin video kontroversi bersama anjing peliharaannya, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof bertegas tidak akan memohon maaf.
Ini kerana dia menganggap apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan.
Memetik sumber berita Astro Awani, Chetz berkata;
” Saya tiada niat untuk menghina Islam dan saya tidak akan memohon maaf untuk sesuatu yang saya anggap bukan satu kesalahan”.
Chetz turut berpendapat bahawa video itu bukan kesalahannya ataupun tanggungjawabnya sekiranya orang ramai tersalah faham tentang maksud sebenar video itu.
” Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam.
” Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya,” katanya.
Selain itu, jurutera berusia 38 tahun ini juga berasa bimbang dengan keselamatan diri, anjing-anjingnya serta keluarganya selepas menerima ancaman bunuh menerusi SMS.
” Saya telah membuat laporan polis semalam tentang orang-orang yang telah memuat naikkan video itu semula dan menuduh saya menghina Islam.
” Hari ini saya akan membuat lagi satu laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima,” jelasnya lagi.
Video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu memaparkan Chetz memakai Baju Melayu hitam, membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula.
Kemudian dia mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk haiwan-haiwan tersebut.
Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambarnya duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.
mynewshub
+ comments + 3 comments
Kenapa x bela kucing..kan nabi bela kucing..nk jga kebersihn konon..yg takbir raya..ambik wuduk..siap ucap selamat hari raya tu ape..dakwa je..latipah koya..nk jd hero bela dia ni..Allah maha besar..terimalh bala,klu cuba menipu..
nilh padahnya kalu akidah dh didikan agama kurang...
cian mak bapaknya nk mgaku ank pun malu...
Dah tau dia ni mental buat apa nk layan?pkr memang suka lah benda2 yg mcm ni sb diaorg pun sama sakit jiwa.
Post a Comment