Label 10

Home » » Video : Di Rompak & Di Bogelkan Di Lebuhraya Malaysia

Video : Di Rompak & Di Bogelkan Di Lebuhraya Malaysia

Written By AAKJ on Sunday, August 11, 2013 | 8:30 PM

VIDEO: Rompakan Lebuhraya Di Malaysia Pada Waktu Siang


AGAK menakutkan apabila menyaksikan video ini, di mana rompakan dilakukan di lebuh raya Malaysia, pada waktu siang hari.
Dalam video yang dirakam oleh pengguna lebuhraya di laluan bertentangan ini, terdapat tiga kenderaan terlibat dalam rompakan yang dilakukan, dengan dua daripadanya milik perompak.
Sebelum merompak, kenderaan mangsa diasak hingga terbabas dan terpaksa diberhentikan di tepi jalan.
Perompak dipercayai turut memaksa pemandu menanggalkan seluar sebelum mula mengambil barang-barang berharga.
Kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon untuk menakutkan perompak namun kejadian berlaku dengan pantas. Perompak tidak hanya bersenjatakan parang, tetapi tembakan dikatakan turut dilepaskan.
Mujurlah, perompak tidak mencederakan pemandu terbabit. – mynewshub
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger