Label 10

Home » , » Terkini & Sebarkan !! Kenyataan Akhbar Pejabat PM : Kerajaan Perpaduan Hanya Rekaan & Ciptaan Anwar

Terkini & Sebarkan !! Kenyataan Akhbar Pejabat PM : Kerajaan Perpaduan Hanya Rekaan & Ciptaan Anwar

Written By AAKJ on Friday, August 16, 2013 | 3:02 PM


KENYATAAN AKHBAR


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa  YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan  bersama  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan  Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu,  kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya.



Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger