Sebuah helikopter jenis MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membawa rombongan menteri terpaksa membuat pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan kotak gear ketika sedang membuat tinjauan di lebuh raya utama PLUS kira-kira jam 9.56 pagi tadi.
Pegawai Memerintah Unit Udara Bomba Subang Mohd Yassin Yahya berkata, ketika kejadian, pesawat buatan Russia itu membawa 23 orang termasuk Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan dan 12 wakil media yang menyertai tinjauan udara itu.
“Bagaimanapun semua penumpang selamat setelah pesawat berjaya mendarat cemas di sebuah padang sekolah di Slim River sebaik juruterbang mengesan petunjuk kerosakan di sistem transmisi utama pesawat.
“Kejadian berlaku selepas pesawat yang digunakan Bomba sejak 1997 itu baru 10 minit berlepas dari Pengkalan Udara JBPM Subang,” katanya kepada Harian Metro.
mynewshub
Post a Comment